Aku hampir terlupa password blog ini.
Namun bila aku sudah tak jumpa tempat untuk luahkan, sini juga yang aku terfikir.
Mungkin aku baru sedar perasaan aku pada dia adalah sesuatu yang salah dan aku sesalkan. Aku tak pernah mahu begini tapi perasaan aku pada dia telah membebankan diri aku sendiri.
Aku tak pilih untuk jatuh hati dan bercinta dengan kau. Kadang aku marah dengan diri sendiri kenapa aku tak mampu nak tahan bebanan akibat daripada aku suka kau. Kenapa aku masih nak dengar cakap-cakap orang. Kenapa aku takut sangat orang judge aku kalau aku bercinta dengan kau.
Maksudnya aku tak betul-betul nak fight demi perasaan aku pada kau, kan?
Ini bukan cinta zaman sekolah kan. Yang sementara.
Tapi baru sikit dugaannya, aku dah tak mampu. Teruk ke aku ni? Padahal aku mengaku aku gilakan kau separuh mati.
Aku cuba set dalam kepala otak, aku dah move on. Aku dah buang kau jauh-jauh dari hati ni. Tapi setiapkali aku nampak kau hati aku pedih. Mungkin sebab sedih bercampur marah dengan diri sendiri.
Kalau aku tahu, aku takkan biarkan diri ini dekat dengan kau. Aku takkan fikir banyak lepas kau tanya aku waktu pertama kali kita cakap-cakap.
Ada zarah-zarah dalam diriku yang meronta-ronta, ingin mendekati kau semula.
Sehingga ada yang mengatakan,
Aku masih sukakan kau, sayang.