Thursday, May 26, 2011

Mr. technician and the guy from high school

Hello semua :)

Kejap, entri terakhir sebelum ni bertarikh 4 Februari 2011? HAHAHA. Okey, MEMANG sangat lama aku tak update pasal personal love life aku kan... Actually aku siyes tak pernah lupa pada kewujudan blog ni, it just banyak benda aku kena buat, dan aku memang letak priority untuk update blog aku yang lagi satu tu. Jadi secara tak langsung, boleh dikatakan terlupa jugaklah nak update blog ni... huhuhu. Lagi satu sejujurnya aku boleh plak terlupa password blog dan email ni. Itulah, lama sangat tak bukak kan. Nak buat yang baru memang buat penat jelah. Tapi aku kena mengakulah walaupun jarang-jarang, ada masa-masa tertentu aku sangat memerlukan blog ini.

Aku ada beberapa cerita yang aku nak sangat cerita tapi tak boleh dekat blog aku yang lagi satu tu. Tak sangka, blog aku yang macam tu pun ramai silent readers sebenarnya. Aku bukan perasan okey, ini kawan kelas aku yang bagitau. Hari tu dia inbox aku kat FB, masa tu aku baru lepas publish entri pasal sikap hipokrit seorang classmate ni yang telah menyebabkan orang lain kena tempias perangai dia tu. Kawan aku inbox cakap "Ko hati2 weh nak tulis entri kat blog tu. Budak ni ramai baca blog ko, budak kelas lain pun ada! Diorang takut nak follow entri ko pasal ko cakap ko tak suka ramai followers, nanti ko kena tulis bertapis. Aku bagitau ko ni sebab ko tu kawan aku. Siyes budak ni ramai follow blog ko anonymously."

Wah siyes ke? Lepas ni memang bertapislah aku tulis... Aduh lecehlah. Aku bukannya suka kutuk orang dalam blog, tapi kalau memang orang tu selalu menyusahkan aku, kat mana lagi aku nak luahkan? Fine lah, entri pasal orang hipokrit tu aku memang tujukan kat sorang ni. Tapi aku bukan setakat cakap belakang, aku pernah face to face dengan perempuan tu cakap perangai dia yang opportunist tu menyusahkan ramai orang including aku dan kawan-kawan. Aku yang last-last terpaksa bersuara. Dan dia tau pun aku tak gemar dengan perangai dia tu. Dia dah minta maaf, tapi siyes aku meragui keikhlasannya minta maaf tu. So aku ambil jalan, malas nak deal dengan orang macam ni lagi. Sebab tu sekarang aku nak rapat dengan orang ambil masa jugak. Taknak senang rapat, lepas tu kita yang kena menanggung perangai dia.

Tengok, dah cerita pasal lain. Padahal blog ni kan khas untuk cerita love life aku yang tak berapa nak love ni. Hari ni aku nak buat satu confession. Hari tu ada orang tanya aku, dah berapa kali aku couple dan dalam banyak-banyak tu, berapa kali yang aku betul-betul serius. Hari ni aku nak bagi jawapan lengkap punya.

Aku kurang gemarlah guna istilah 'couple' ni. Selalu aku guna 'seeing someone right now'. Sebab aku memang tak seriuslah bab-bab ni. Kenapa tak serius? Sebab selalunya orang yang BETUL-BETUL aku suka tak suka aku balik :'( Kalau suka pun, dia dah ada awek. I've got several experiences seeing other people's boyfriend and I hate the fact that I've always fall for taken guys. Fine, kalau dia lelaki single dan aku 'jumpa' dia untuk suatu tempoh masa tu, mesti bukan sebab aku betul-betul sukakan dia, tapi banyak sebab peer pressure. Yes, that's the word; PEER PRESSURE. Aku ambil contohlah, Izzi. Agak lama aku nak faham feeling aku terhadap Izzi sebab aku tak juga suka dia gila-gila tapi aku bangga kalau dia ada dengan aku. Mungkin sebab status Izzi, dia quite good-looking, lepastu budak degree. Kawan-kawan aku selalu puji dia and what makes me like Izzi most adalah dia pandai bawa diri masa lepak dengan kawan-kawan aku. Macam dia tau the friends like jokes, jadi dia memang selalulah buat diorang ketawa bila lepak sama.

Maigodd..teruknya aku. Such a show-off. Tapi aku mengakulah, itu sebab peer pressure. Diorang nampak aku bertuah sangat dapat orang macam Izzi, tapi hakikatnya aku taklah into him sangat. Izzi cakap perangai aku sangat childish, love is not a game. Kalau tak nak kat dia betul-betul, cakap! Dia takkan play around with other girls dengan rasa guilty. So we officially end it on January 2011.

Lepas tu aku kerja kilang 4 bulan. Masa aku mula-mula masuk, foreigners suka buli aku. Mentang-mentang diorang dah pandai buat kerja. Aku selalu nangis, bulan pertamalah paling tension. But someone saved me. Dia technician kat kilang tu, nama dia R. Kat department kitorang, dialah technician paling hot kat situ. Tapi dia tak banyak cakap dan benci bila indon-indon tu dekat dengan dia. Masa aku kena buli, dia yang tolong. Lepastu dia nasihat kat aku jangan kerja kilang, sebab budak macam aku tak sesuai kerja kilang. Sejak tu aku agak close dengan dia. Satu hari aku tanya, kenapa dia tolong aku masa awal-awal aku kerja dulu. Dia cakap mula-mula dia nak tengok, just for fun because he was bored. Tapi lepas tu dia rasa kesian.

And guess what? Aku pun taktau macam mana pertengahan bulan 2 kitorang dah start seeing each other. R cakap dia bosan kat kilang ni tak ada jumpa siapa-siapa and yet dia masih single sebab terikat dengan kerja. Yes, R selalu OT Sabtu Ahad. Mana ada masa nak mencari kan? Aku pulak, memang cadang taknak cari jodoh kat situ tapi ramai orang kat kilang tu bertemu jodoh dengan orang kat situ jugak. Baru aku faham kenapa. Sebab life kita kat situ jek kan. R agak good-looking tapi bukan jenis yang jambu, dia jenis manly. Muka dia agak matured. He's 24 years old, a diploma graduate. Aku tertarik dengan dia sebab dia sangat workaholic. Nak cerita pasal R memang banyak sebab dia pun banyak tekanan kerja macam aku. Eh, kerja kat department kitorang tu memang tertekanlah! Cara nak kurangkan tekanan tu sebab kita kena kerja dalam tempoh yang lama kan, is seeing someone from the same department. Seriously, dengan R I thought it was love. Aku mula memikirkan nak serius dengan R sebab segala kualiti sebagai seorang lelaki dia dah ada. Matang, kuat kerja.. Oh dia pakai Myvi, for me okeylah umur 24 dah ada kereta kan. Masa orang atas dapat tau hubungan aku dengan R, tiba-tiba ramai leader macam anti dengan aku. Diorang cakap aku budak baru yang baru kerja dah pandai mengorat technician. Tapi R banyak back up aku, in fact hari tu aku dapat berhenti awal pun sebab dia yang tolong direct kan dengan HR. Kalau ikut department, memang diorang akan tahan kau. Padahal hak kita lah nak berhenti ke tak kan? Ini tak, selagi boleh kerah tenaga kita, dia kerah. Kalau berhenti ikut department, bulan 5 baru diorang approve surat resign aku tau! Tapi R tolong directkan terus dengan HR. Banyak kerenah birokrasi lah kat kilang tu.

Oh ya, lepas aku berhenti memang dah tak jumpa R lah. Dulu jumpa sebab dua-dua kerja enam hari seminggu sampai malam. Memang menghadap muka tu jelah kan. Ni dia dah bz kerja, aku faham macam mana kesibukan dan tekanan kat kilang tu jadi aku memang takdelah nak merengek-rengek mintak perhatian dia tu. Selalu balik kerja, dia call. Haha orang tua kan, tak suka sangat mesej-mesej. Dua tiga kerat jek lepastu dah. Satu hari dia cakap dengan aku yang dia dah tak tahan jadi technician kat kilang tu. Dia nak resign, kerja kat Singapore pasal dia kerja kat kilang tu pun sebab nak dapatkan pengalaman untuk jadi technician kat kilang elektronik kat Singapore tu. Sekarang dia dah ada dua tahun pengalaman. Masa tu dia cuti hari Ahad. Dia cakap kitorang kena bincang pasal masa depan sebelum dia pergi Singapore ni. Aku kesian tengok dia, dahlah hari Sabtu tu dia kena masuk shift malam, pukul 6.30 pagi baru habis kerja. And yet pagi Ahad tu pukul 10.00 pagi nak jumpa aku. Isnin dah kerja masuk shift pagi pulak. Tapi memang kitorang dapat bincang lamalah hari tu. Dan clarify semuanya. Satu aku suka dia ni sebab lelaki dah matang kan, apa-apa hal setel boleh bawak berbincang. Bukan just follow the flow jek.

Masa tu dia cakap, aku ni betul-betul ke sayang kat dia? Sampai tahap nak jadikan laki? Aku macam kurang sukalah cakap pasal topik tu, sebab takde nya terlintas kat otak aku ni sampai tahap nak kahwin. Lepas tu dia cakap, dia faham aku ni budak lagi. Lepas ni aku akan sambung degree dan dia pulak nak kerja kat Singapore. Mungkin sebab kat kilang tu sangat tertekan, jadi kitorang dua-dua rasa perlukan seseorang untuk bertahan dan support each other. And yet umur dia dah 24, family dia dah suruh cari calon sebab dia anak sulung. Tu dia tanya aku, macam mana?

Aku jawab, takkan dia nak tunggu aku habis belajar. Aku pun belum sedia nak ada komitmen dengan orang. Masa kat kilang tu bolehlah, sebab aku kerja bukan kena fokus study ke apa. Kalau boleh aku nak bagi family aku senang dulu baru aku nak fikir pasal jodoh secara serius. Lagipun aku ni, sambung belajar pun belum tak payah nak mengada-ngada fikir pasal kahwin. Tu bagi aku lah kan. Dia setuju dengan aku. Agak sedihlah atmosphere pada masa tu, tapi kitorang dua-dua dah setuju. Kitorang percaya pada arranged marriage. Kitorang ambil kata putus, lepas ni dia fokus kerja kat Singapore dan aku nak fokus study. Pasal dia sangat busy sampai tak sempat nak cari someone tu, biar family yang uruskan. Mesti parents akan cari yang terbaik untuk anak diorang kan? Lagipun R kuat kerja, aku yakin dia mesti hidup senang dan dapat bahagiakan future wife dia nanti. It was a smooth ending between us. Lepas tu, aku dan R, masing-masing dah tak ada contact lagi. Aku rasa itulah tindakan paling baik.

Bila semua ni berakhir, aku terfikir macam aku baru melalui mimpi yang aneh. I mean, what I was thinking??? Seeing a man yang dah bekerja, yang dah lain zaman dengan aku (macamlah dia tua sangat, baru 24). Hahaha aku ni boleh tahan sengal jugak eh. Macam baru lepas berlakon drama pulak. But at least drama tu ada ending! Hahaha.

Now back to my real life. Aku tau peringkat umur macam aku ni, aku masih belum jumpa my perfect match. Tak dapat dinafikan aku masih suka dekat Y, seorang schoolmate yang dah ada steady girlfriend. Tapi mungkin itu jugak peer pressure?

Aku sembang dengan Nad, kenapalah kita ni belum jumpa lelaki yang sesuai ye? Yang kita betul-betul suka dan dia suka balik kat kita. Nad cakap sebab kita masih belum keluar dari kepompong kita. Nanti masuk Uni baru jumpa lebih ramai orang. Hahahaha... Janganlah aku tersilap kawan dengan lelaki semata-mata sebab peer pressure lagi. I mean, I'm okay lah being single. Tak ada masalah. Lagipun nasib baiklah aku ni tak pernah serius dengan sesiapa. Bercinta serius-serius sangat pun macam-macam boleh jadi kan? Darah masing-masing tengah panas. I've seen what my friends went through, bila serius sangat bercinta. Left behind their friends yang bila dia susah, kawan-kawan tu yang ada untuk dia bukan lelaki tu. Lepas tu membelakangkan parents, selalu sneaks out. Ada yang memang jenis decent gila. Macam aku ni, rapat dengan ramai lelaki tau. Tapi selagi status tu 'kawan', kita takkan ada 'electric wave' dengan orang tu. Kalau ada feeling tu bahaya. Tipulah tak rasa apa-apa. Ada kawan aku ni, dia bukan jenis selalu lepak dengan lelaki, cakap dengan lelaki pun jarang. Sangat timid. Tapi sampai boleh terlanjur dengan boyfriend tu apa kes? Jadi bagi aku eloklah kalau aku ada boyfriend in future pun, tak nak attach sangat. Memang kita cakap kita boleh kawal diri, tapi dari perkara-perkara ringan tu lah kita kena elakkan, syaitan tu sentiasa ada kat sekeling kita. Itu yang mak aku selalu pesan kat aku.

Tapi well, setakat ni aku masih berada dalam zon having crushes jek... hahaha. Dah nak buat macam mana, orang yang aku suka selalu tak suka kat aku, kalau suka pun diorang dah ada awek. Aku dah penatlah kena serang dengan girlfriend diorang ni, fine lah aku pun tak patut layan feeling tu. Tapi aku bukan sengaja pun. Aku dah ter-suka kat dia baru aku tau yang dia u dah ada awek. Kalau aku tau dari awal dia bukan single, tak ada maknanya aku nak cari pasal pergi suka kat dia. Oh, dan lelaki tu pun, dah ada steady girlfriend pergi layan lagi orang lain apasal? In fact depa pulak nak marah bila kita tak fight for him. Heee, tak kuasa aku. Nampak sangat I've fall for the wrong guy.

Next time nak cerita pasal Y, my current crush :D Hehehe sebenarnya nak cerita dalam blog lagi satu, tapi since kawan aku dah warning ramai schoolmate ikut blog tu, hishhh baik aku tak payah cari hal. Depa tu dahlah suka bebenor cakap pasal orang lain, heh.

Okeylah, janji dah ada update kat sini. Kejap, aku ada followers lagi ke kat blog ni? Lantaklah, yang penting depa tak jumpa apa aku tulis kat sini...muahahaha :P

No comments:

Post a Comment

Setiap pandangan kamu sangat membantu