Thursday, June 9, 2011

Guys are bitches in their own ways

Sekarang mood aku tak berapa nak baik sebab aku tengah ada masalah dalam friendship. Biasalah, to survive in a group tak semudah nak survive dalam bila ada seorang dua best friends. Lagi there are six of us, enam kepala with different perwatakan dan perangai. Entahlah, mungkin sebab aku letakkan friendship melebihi segala-galanya jadi aku sangat cepat terasa. Tapi biarkan hal itu terlebih dahulu.

Mari bercakap pasal previous relationship. Well, macam yang aku pernah mention aku tak pernah ada serious relationship dengan siapa-siapa, dan kalau aku seeing someone pun tu banyak sebab peer pressure. Kalau korang nak tau masa lower six aku pernah kena panggil 'playgirl' dengan budak-budak kelas lain tau. Sebab diorang nampak aku kejap rapat dengan lelaki ni, lepas tu rapat dengan lelaki tu. Apalah. Kalau orang selalu nampak kita dengan sesorang tu, kenapa mesti buat assumption macam tu eh? Can't a girl be a best friend to a guy?

Actually boleh, tapi kena hati-hati jangan sampai ada heart feeling. Satu aku nak bagitau pasal perangai lelaki ni. Diorang suka test market diorang. I mean, diorang dah ada girlfriend tapi still ushar-ushar perempuan lain. Okay, kalau perempuan tu pun dari awal sama naik, dua-dua pun gatal lah maksudnya kan. Macam mana kalau mula-mula perenpuan tu tak pandang langsung lelaki tu tapi lelaki tu yang bersungguh-sungguh sampai berjaya buat perempuan tu suka kat dia? Padahal dia tu berstatus boyfriend orang. Mentang-mentanglah awek jauh, tak ada dekat dengan dia.

Benda ni pernah terjadi pada aku. Masa lower six, there was a new guy in my class. Kira dia masuk macam, dah sebulan kitorang masuk high school tu baru dia daftar sebab dia habiskan PLKN dia dulu. He's name is Z. Serius, masa dia mula-mula masuk aku TAK PERASAN langsung kehadiran dia. Tapi aku dah terdengar budak-budak perempuan kelas aku bergosip cakap dia hensemlah, player lah. Player? Ada aku kisah? Lantaklah. Sebab masa tu aku tengah madly in crush with Y, hehehe :D Jadi dah tak nampak orang lainlah lepas tu. Sedikit info pasal Y. Y classmate aku jugak, also dah ada awek -______________-" Aku yang suka dekat Y dulu sebab Y ni orangnya humble dan down to earth tau. I mean, masa tu aku tengah cari jalan nak rapat dengan Y, so aku memang totally tak tau yang Y ni dah ada awek. Bila dah rapat dengan dia baru aku dapat tau. Paling menyedihkan, aku lambat tiga minggu sebab Y baru couple 3 minggu dengan awek dia tu. Haishh, menyesal tak dekati Y awal-awal T_________T Oh FYI, Y ni sangat pendiam tau. So dia takkan approach kau dan mulakan perbualan. Ikutkan, kalau aku bertindak awal, dari 3 minggu sebelum dia couple tu aku dah boleh rapat dengan Y. Tapi tulah, aku time tu konon taknak gelojoh, amik jalan slow. Nak cuba berkawan sampai jadi member baik dulu. At the end, memang Y pun dah rapat dengan aku, I mean sangat rapat sampai dia akan telefon aku setiap hari tapi sayangnya itu sesudah tiga minggu dia couple dengan awek dia tu -___-

But don't get me wronglah. Aku takdelah buat taktik untuk rapat dengan SEMUA lelaki, tapi yang aku suka dan jenis macam Y tu je okey. Yang pendiam dan bak kata kawan aku, anti-social much! Hahaha. Mungkin aku ada kelebihan senang rapat dengan orang atas sifat aku yang talkative ni (itu kau panggil kelebihan?!) Entri lain aku akan cerita pasal Y okey. Sekarang back to the topic, pasal Z.

Ada satu hari tu aku tunggu bas lama gila kat terminal sebab rumah aku jauh kan. Then aku nampak kelibat sorang lelaki, pakai uniform pra-universiti sekolah aku. Dia berhentikan motor straight depan aku. Macam familiar, tapi aku still tak boleh cam sepenuhnya siapa lelaki tu. Then dia tegur aku,

Dia : N, kan?
Aku : Ha'ah. Erm, kau siapa ek?
Dia : Akulah, Z. Classmate kau. Sampai hati tak kenal.
Aku : Oh! Ha'ah2, kau Z. Lah macam mana aku nak kenal, dalam kelas tak pernah bercakap kan.
Dia : Tapi aku kenal kau. Yelah, kau kan asyik dengan Z je, mana nak perasan budak lain dalam kelas tu ye tak?
Aku : Weh, jangan gosip eh! Kitorang kawan je tau!
Dia : Yeke? Kau ni pun, kalau suka kat dia, jangan tunjuk sangat... Orang lain boleh nampak tau.

Masa ni aku risau. Alamak, classmates semua tau ke aku suka Y? Segan dowh... hahaha. Z yang budak baru ni pun boleh tau. Obvious sangat ke aku? Disebabkan Z ni muka nampak innocent, jadi aku beranikan diri tanya dia (padahal time ni soalan tu automatic keluar dari mulut aku tanpa sempat aku tahan, ni semua sebab cuak punya pasal, dem la!)

Aku : Weh, nampak sangat ke aku suka Y?
Dia : (ketawa besar) Hahahaha! Yessss, kantoi!
Aku : Ceh, kau perangkap aku eh tadi?!
Dia : Tak kisahlah. Janji rahsia kau ada kat aku sekarang (senyum jahat)

Time ni memang aku rasa nak ganyang mamat ni habis-habisan. Kurang ajar!


Aku : Boleh tak kau rahsiakan? Maksud aku, lepas ni pandailah aku nak cover tapi kau jangan bagitau siapa-siapa eh pasal ni? Pleaseeeeeeee.........
Dia : Okey. Tapi dengan satu syarat. Syaratnya untuk kebaikan kau jugak.
Aku : Weh syarat apa plak ni??? Kau ingat ni telenovela ke nak bersyarat-syarat bagai???
Dia : Tapi tu pun kalau kau nak cover lah. Kalau kau nak tau, budak-budak ni ramai dah bergosip pasal kau suka si Y tu.
Aku : *Grrrr* Ok fine, fine! Apa syaratnya!
Dia : Mulai esok, kalau ada kelas atau waktu discussion kat library, kau kena duduk sebelah aku. Jangan duduk sebelah Y lagi. Dengan cara tu baru orang nampak yang kau takdelah asyik nak berkepit dengan Y aje.

*Waktu discussion kat library memang kita boleh pilih partner siapa-siapa saja, dan selalunya cikgu tak bagi lelaki pilih partner dengan lelaki jugak coz they tend untuk TIDAK MEMBUAT kerja yang diberikan. Biasalah, lelaki kan pemalas, hehehehe. Waktu ni jugak aku selalu gunakan untuk get close dengan Y, muahahahaha! :P (contoh orang yang salahgunakan kuasa)

Honestly mestilah aku bengang kan, dia ni nak kacau daun pulak! Dahlah waktu discussion tu jek peluang aku nak dig banyak-banyak info daripada Y, heh! Anyway aku terpaksa setuju jugak demi menjaga rahsia peribadi aku tu -_-"

Esoknya, kat library....

"Y, hari ni aku partner dengan Z eh. Dia kan budak baru, so dia banyak ketinggalan notes dan perlu salin dari aku sebab notes aku paling lengkap," selepas susah payah mencari excuse, dengan berat hati aku terpaksa 'berpisah' sementara dengan Y aku, hukhuhuk. Y macam terkejut. Mana tak nya, sebelum ni tak pernah aku tak partner dengan dia kalau buat kerja masa discussion. Pernah beberapa kali kawan-kawan perempuan aku nak cuba partner dengan Y pulak, aku mana kasi, hehehehe :P

"Oh, okey. Aku cari partner lain." Ringkas je jawapan Y. He is a simple man. "Err, Y, tapi hari ni je tau? Esok aku partner dengan kau balik eh?" Aku cuba tak mau 'kehilangannya' :P

Tiba-tiba anak jin sorang ni pulak boleh menyampuk, "Eh, N! Banyak gila kot nota kau, mana sempat aku nak salin sehari. Kau kena explain jugak kat aku pasal nota-nota ni, takkan aku nak membabi buta aje menyalin. So aku rasa banyak hari jugaklah kita kena partner masa discussion." Sumpah aku rasa nak bunuh Z masa tu jugak! GRRRRR!

"Erm, tapi..." Aku pandang Y, harap pengertian. Aku rasa at this point Y pun dah lama tau aku suka dia. Kalau tak apasal aku asyik tag along him aje kan? "Takpelah N. Kau dah banyak tolong aku dalam discussion sebelum-sebelum ni. Sekarang kau tolonglah Z pulak. Dia kan budak baru." *nangis* 

Huwaaaaaaaa Y!!! Don't leave me with this hooligan! 


Lepas tu aku nampak Z senyum mengejek. "Haha, merana ke kak? Rilekslah, tak lari mana pun Y kau tulah." Jadi bermulalah episod aku dengan Z. Ternyata cakap Z tu betul, bila aku tukar partner masa discussion, gosip bahawa aku sukakan Y pun dah kurang kedengaran. Buktinya. Kawan-kawan aku mula hantar mesej bertanyakan perihal aku, Y dan Z.

"N, kau dah tak suka Y lagi ke?"


"Kau dah ada apa-apa dengan Z ke, rapat semacam je korang sekarang ni."


"Kita ingat awak dah malas dengan Y, sebab tu awak rapat dengan Z sekarang."


Tergelak aku baca mesej-mesej diorang. Ada-ada saja assumption yang dibuat. Jangan risaulah, aku masih suka Y. Z hanya sekadar kambing hitam, hehehe :P Tapi semua ni aku jawab dalam hati jelah.

Mungkin sebab aku rapat dengan Z tanpa sebarang heart feeling, jadi mudah kitorang nak bergurau kasar atau bergelak-ketawa sakan. Nak share apa-apa pun senang. Unlike macam aku dengan Y. Sebab aku sukakan Y, aku sangat berhati-hati bila bercakap. Tak nak bila gelak ter-over pulak. Tak ada menyumpah even cakap bongok sekalipun, hahaha sungguh fake kan? :P

Z selalu cerita pasal awek dia. Awek dia sekolah kat Maahad, diorang dah 3 tahun couple tapi jarang gila jumpa. Then aku tanya Z, macam mana orang macam dia tu boleh dapat perempuan baik yang bersekolah agama macam tu? Hahaha. Lepas tu dia cakap, "Pergh N, maksudnya kau nak cakap yang aku ni jahatlah eh?" "Ha'ah, kau agak jahatlah jugak, hahaha!" Aku saja nak menganjing dia. Tapi dia tak ikut gelak sama. Dia diam lepas tu baru bersuara, "Kalau aku ni jahat, aku dah layan feeling aku kat kau N. Ni aku masih sedar yang aku ada awek, aku nak setia walaupun aku tengah suka kat kau."

*Erk!
Keadaan menjadi awkward seketika. Okey, serius aku yang never lost for words tu boleh tiba-tiba jadi speechless. Yang pasti aku memang rasa nervous gila kot masa tu!

Sejak tu, aku rasa atmosphere antara aku dan Z dah berlainan. Aku cuba set dalam kepala otak bahawa aku hanya sukakan Y, aku taknak ter-suka kat Y. Lagipun aku ada perasaan kat Y sejak awal lagi, dengan Z ni... Entahlah. Aku dah ada perasaan kat dia ke?

I hate when guys confessed to a girl padahal dia dah ada awek. I mean, perempuan ni dahlah mudah cair kan. Aku perasan memang kitorang selalu lepak sama, hari tak sekolah pun selalu jumpa tapi aku tak pernah ada perasaan kat Z sampailah masa dia cakap ayat  "Kalau aku ni jahat, aku dah layan feeling aku kat kau N. Ni aku masih sedar yang aku ada awek, aku nak setia walaupun aku tengah suka kat kau." tu.

Aku ambil langkah nak rapat semula dengan Y. Lagi bila Y telefon aku satu malam, dia cakap "Aku rindulah nak lepak sama dengan kau dalam kelas N. Kau asyik dengan Z je. Sampai aku jadi rindu dengar kau berceloteh." See? Guys memang bitches in their own ways. Kenapa diorang perlu cakap kata-kata macam tu? Lagi-lagi Y yang dah memang tau aku sukakan dia walaupun aku tak pernah confess.

Jadi aku pun mula ignore Z sedikit demi sedikit. Aku rapat dengan Y semula, pedulilah orang nak kata apa. Both of them are taken guys but aku ada feeling kat Y, bukan Z. Aku sangat pasti dengan hal itu. Okay, this might sound a little bit of drama, but it REALLY happened. Masa tu dalam kelas, tak ada cikgu. (Kelas aku masa lower six memang selalu cikgu tak masuk) then aku tengah duduk sebelah Y. Tiba-tiba Z datang kat aku, dia dekatkan muka dia kat aku. Aku pun cuaklah kan! Elak aku nak lempang aje muka si Z tu, tapi dia cepat-cepat bisik kat aku, "Jangan rapat-rapat sangat, aku jeles."

Oh Tuhan, apa maksudnya semua itu?

Z ni memang ada sikap romantik gitulah, sebab tu agaknya orang panggil dia player. Classmate yang duduk depan aku dalam kelas, P (dia adalah lelaki) pernah cakap dengan aku masa awal-awal Z rapat dengan aku, "Aku dah kawan dengan Z dari sekolah menengah. Kitorang sekampung pulak tu. Kalau perempuan lain memang aku dah warning, tapi nasib baik aku kenal kau ni jenis macam mana. Cuma manalah tau kan, so aku nasihatkan kau jugak. Jangan sampai kau sangkut dengan Z pulak, dia tu dah ada awek. Lepas tu dari dulu dia memang pandai mengayat. Dah ramai perempuan kecewa sebab dia, jangan kau jadi yang seterusnya sudahlah ye." Masa P cakap macam tu kat aku, aku ketawa jek. "Jangan risaulah P, aku pun tau perangai dia tu. Kitorang takde heart feeling, don't worry lah okey."

Tapi ternyata cakap P tu betul. Mungkin sebab Z ni pandai gila mengayat, aku yang gagah perkasa ni pun kalah jugak. Apa yang membuat aku kalah, dia memang pandai sangat ambil hati tau. Contoh masa aku ignore dia sebab aku takut ter-suka kat dia, dia ingat dia ada buat salah. Berkali-kali dia hantar mesej minta maaf dan telefon. Bila aku cakap tak ada apa-apa, dia cakap aku tipu sebab aku dah renggangkan diri dari dia. Siap esoknya kat sekolah dia minta maaf bagi handmade card dan coklat tau. Seriously, dalam hidup aku tak pernah ada lelaki bagi handmade card. Dia dulu budak Seni, jadi boleh bayangkanlah kan, macam mana cantiknya dia buat kad tu. Lagi satu perangai dia, dia selalu belikan makanan untuk aku tau. Dia tau aku tak suka pergi kantin sebab crowded, nanti mesti dia bungkus makanan dalam polistrin dan bagi kat aku. Kitorang kawan je kan? Tapi kenapa sampai tahap buat macam tu?

Satu lagi perkara yang buat aku benci kat dia, dia always hung up the phone saying "Aku sayang kau tau." Mulanya aku buat tak kisah je, tapi lama-lama aku terfikir, murahnya perkataan 'sayang' kat mulut dia kan. Tapi tak tau kenapa aku macam suka tau dia cakap macam tu. Walaupun maksud sayang tu luas kan. Sayang sebagai kawan pun, sayang jugak. But tell me folks, berapa ramai kawan lelaki kau yang akan cakap sayang kat kau? Jarang kan? Kalau ada pun, he must be a special friend.

Mungkin kebanyakan perempuan, senang cakap contoh terdekat aku ni lah, senang cair dengar perkataan 'sayang' kan? Sekali dua memang tak rasa apa-apa tapi kalau orang tu SELALU sangat cakap? Tipu tak rasa apa-apa. Kalau aku gaduh dengan Z, dalam text dia mesti tulis "N, janganlah marah kat aku lagi. Aku sayang sangat kat ko... Ko tak sayang aku ea..?" Mula-mula memang taklah aku nak simpan mesej-mesej macam tu, aku delete terus kalau memang aku tengah marah dengan dia. Sebab dalam kelas, bila aku nak cakap dengan classmate lelaki lain, especially Y, dia mesti potong line dan kacau daun. Paling tak boleh blah, dia boleh stay kat situ jugak nak join the conversation. Since Z dah declare 'best friend' dengan aku depan semua classmates, jadi kalau aku selalu dengan Z diorang tak gosip sangat. Lagi diorang tau what kind of guy Z is, memang jenis rapat dengan perempuan.

Ada satu kali tu kitorang makan aiskrim dengan classmates lain. Tiba-tiba aiskrim aku jatuh, habis kena baju aku. Then Z cepat-cepat bagi aku tisu dan cakap, "Ish comot betullah kau ni! Macam budak-budak cara kau makan!" Dia cakap macam tu depan classmates kitorang yang lain, aku benganglah kan. Then aku cakap "Mulut kau tu takde insurans ke!" Lepas tu dia cepat-cepat cakap, "Kau comot pun, aku tetap sayang kau jugak." Bayangkan, DEPAN CLASSMATES kitorang dia cakap macam tu. Hati aku pun sejuklah dengar dia cakap macam tu kan, so aku cuba balas dengan nada gurauan, "Aku pun, sayang kau jugak walaupun mulut kau tak ada insurans." I was hoping my classmates would laugh, tapi diorang semua pandang satu sama lain sambil senyum-senyum. Ah, lantaklah.

Masa pergi toilet nak basuh bahagian baju aku yang terkena aiskrim tu, kawan aku, M tiba-tiba cakap kat aku macam ni, "Nampaknya kau dengan Z dah confirmlah eh." Aku pun balaslah, "Apa yang confirm? Tak ada apa-apa okey!"

"Lah, bukan ke bila dah exchange cakap sayang to each other tu, kira dah confirm?"

Ayat terakhir M tu buat aku terdiam.

Seperkara lagi yang buat aku boleh ter-ada feeling kat Z ialah apabila biasalah kalau ada competition atau aktiviti apa-apa mesti ketua kelas tanya sorang-sorang nak join ke tak sebab dia nak ambil nama kan. Selalu tau, bila diorang tanya Z nak join ke tak, Z akan jawab "Kalau N join, aku join jugak!" Aku macam, entahlah. Nak kata terharu adalah sikit kot, muahahahaha. Ada sekali tu budak laki kena main bola sepak sempena Minggu Sukan Sekolah, ini pertandingan antara kelas dan kalau menang akan bertemu lawan dengan team dari upper six. Z malas nak masuk sebab kaki dia masih sakit akibat jatuh motor 2 minggu lepas. Tak teruk sangat pun, mengada-ngada je lebih tak nak masuk. Budak ni suruh dia take part jugak, ada post selain pemain iaitu jurulatih dan pengurus pasukan. Dua-dua dia taknak sebab malas. Budak lelaki kelas aku dahlah sikit. Tiba-tiba keluar arahan pengurus pasukan kena perempuan pasal orang tu yang akan uruskan segala keperluan team macam minuman, jersi, pendaftaran dan lain-lain. Secara spontan, classmates lelaki aku pilih aku jadi team manager. Dan-dan tu jugak Z terus cakap, "Eh! Aku nak lah jadi jurulatih!" Sambil tu dia kenyit sebelah mata kat aku. See? Sangat pandai mengambil hati kan? Dia jadi coach bukan sibuk tengok budak-budak tu training pun, tapi dok sibuk kacau aku buat kerja. Dia suruh diorang buat jumping jacks lepas tu tinggal gitu je sebab sibuk ikut aku. Memang hampeh -_-"

Okey, aku nak pendekkan lagi cerita ni. Lepas tu ada satu insiden yang membuatkan aku dengan Z terus renggang, sampailah upper six. Y pulak? Hrmm dia tak habiskan form 6. Jadi cerita kami habis di situ saja. Kalau aku rajin aku akan cerita lagi in details about what happened between me, Z and Y. Yes, actually kitorang ada pengakhiran yang formal. Tapi sebelum tu aku nak share picture aku dengan Z, dalam kelas, masa Form 6. Masa ni kitorang memang tengah rapat. I'm not sure aku dah ada feeling kat Z ke belum waktu ni. Classmate kitorang yang snap gambar ni masa dia nampak Z tengah berbual dengan aku, then Z boleh cakap "Eh, tangkap satu pic aku dengan N!" Actually lepas tu banyak lagi pictures dengan Z, tapi aku dah buang. Buat apa simpan kan?

Ada masanya aku teringat, masa tu kelas kita ada play untuk hari kemerdekaan. You were the lead actor yang diorang pilih kononnya sebab muka kau hensem, hahaha! And I was the scriptwriter and vice director for the play. Masa full-dress rehearsal, kau kena pakai baju melayu pengantin sebab watak kau pengantin lelaki kan. Masa tu kita ada our make-up and costume manager, E. But you refused E untuk mekapkan kau, even kau tak bagi dia ironkan baju kau, padahal itu memang tugas dia. Kau tau aku sangat busy masa tu tapi kau tetap berkeras cakap "Baju aku, aku nak N jugak yang gosokkan eh!" Lepas tu kau paksa aku mekapkan kau, walaupun tangan aku ni menggigil-gigil bila mekapkan orang, hehehehe :P At last aku terlebih draw celak kat mata dan kening kau, sampai kau nampak macam pangeran jawa! Hahaha! Satu kelas gelak kaw-kaw pasal tu kan. Kau tau aku dah ruined mekap kat muka kau tapi kau tetap nak aku jugak yang solekkan kau, bukan E.


Dan kau tak, perbuatan kau tu sangat jahat? Kau buat aku ter-suka kat kau walhal aku tak nak. Kenapa lelaki suka buat perempuan rasa mereka ada peluang sedangkan mereka tak ada?  Tolonglah, walaupun untuk seketika aku suka kat kau tapi bukan senang aku nak usir semua kenangan tu. And you left me alone, with those memories.


You're a bitch, such a bitch.


Hahaha okey! Selalunya bila aku dah luahkan macam ni, lepas tu aku dah boleh totally get over it dah. Tengoklah contoh-contoh yang dulu. Semua aku berjaya lupakan lepas blog pasal diorang kat sini kan. Aku admit, kadang-kadang kita bukan rindukan orang tu, tapi kita rindukan RUTIN yang kita selalu buat dengan orang tu. Sebab kita dah banyak habiskan masa dan lalui bermacam perkara dengan dia kan.  And I guess inilah kesnya antara aku dengan Z. I mean, HAMPIR kesemua aktiviti yang aku terlibat, dia ada jugak dan kitorang kena work together. Tu baru aktiviti luar macam Minggu Sukan, Teater dan Jualan Hari Koperasi, belum termasuk assignment dan presentation dalam kelas lagi. Senang cakap, yeah, sepanjang lower six memang banyaklah masa aku dengan dia. Dia layan aku dengan sangat baik, tapi aku tau aku akan jumpa yang lebih baik satu hari nanti. Tamat sudah satu lagi kisah cinta sesaatku, muahahahhaa!

Oh yeah, silent readers. I would like to hear your opinions. Supaya aku tak rasa aku ni membebel sorang-sorang -_-" Okay bye! :)

4 comments:

  1. Wahhh! Gotta admit, antara banyak2 story kau sebelum ni, aku paling suka yg ini!

    Hrmm lepas baca entri ni, aku pun baru terfikir. Selama ni kita asyik salahkan perempuan menggatal dgn taken guys, tapi jarang org nak salahkan lelaki kan? mcm dlm cerita kau ni, byk laki mmg mcmni. mulut manis, n diorg mmg suka test diorang laku ke tak.

    anyway aku rasa Z memang suka kat kau, tapi dia tak boleh buat anything further sbb dia dah ada komitmen dgn awek dia. Maybe if he's single, dia akan mntk ko jd gf dia?

    perghhh mmg sweet kot mende2 yg dia buat. kalau aku pun cair, esp tang lelaki buatkan handmade card tu. romantik kot! tapi sayang, takde makna kan? ish aku pulak yg bengang sbb dia dah tau dia ada awek dan dia tau ko suka Y, dia still buat sume2 tu utk bg ko suka kat dia...

    Haha tapi comel je korang pakai baju sekolah :D dalam kelas pulak tu, boleh plak bergambar eh.. hrmm walaupun dlm pix ni muka dia tak berapa jelas but I could see that he's quite a nice looking guy... patutlah player eh..

    but it's good ko tau yg ur not missing him, but ur just missing the routines with him. rileks lah, when u find someone else in future, semua kenangan tu akan hilang :)

    Goodluck my dear!

    ReplyDelete
  2. oh, anyway aku suka tajuk entri ni! Hahaha guys pun can be bitches eh..LOL!

    ReplyDelete
  3. Hrmm..here's my comment.. I think Z already got his eyes on u from the beginning lagi sbb mula2 u tak notice dia tapi dia yg pandai attract attention dan cari jalan nak close dgn u kan. 2ndly, dia tau u suka Y, tapi dia act macam korang ni couple... Mungkin dia pun sbenarnya nak jadi lebih dari KAWAN BAIK dgn u, that's why he was trying so hard to make u fall for him...but he can't deny the fact that he is already taken..so there's nothing that he can do lah kan..

    -Miera Zizie-

    ReplyDelete
  4. wow~ unnie, gila ahhh. well , lelaki. yup , kdg2 bnde yg diorang buat pd diorang nampak biase je, tp kadang2 , buat kite rasa lain macam. i hate guys like this. hurmm , cite unnie cam best je. hehehe. ade similarity with my story . hehehe :)

    ReplyDelete

Setiap pandangan kamu sangat membantu