I was happily sing along to Shila Amzah's song in a fine evening one day, in the class.
"Saya nak awak kawan dengan saya sebab saya tahu awak akan jatuh cinta dengan saya."
Aku menoleh. Senyum. Si Riz rupanya. Perkenalkan. Riz the sweet-talker of my faculty. Seorang yang metrosexual. Kadang-kala kami panggil dia 'model masscomm', hahaha.
Jangan salah faham. Aku tak ada dan tak pernah ada sebarang perasaan terhadap Riz. Itu fakta.
Masa tu aku IM dengan Riz. Bila aku cakap aku nak off, nak tidur, Riz balas "Okay, sleep well. Let the most beautiful dream come to u tonight, Let the sweetest person come in ur dream tonight…. But dont make it a habit...bcoz I m not free every night. Goodnight."
Masa dia sebut tagline video klip Patah Seribu tu aku cakap dekat dia "Riz, kalau dengan I takpelah you cakap macamni. Sebab I memang tau you ni sweet-talker. Tapi hati-hati tau, tak semua perempuan macam I. Akan ada yang salah faham kalau you sweet talker sangat dengan diorang."
Dia gelak je. "Jangan risau. I hanya cakap pada you sorang." And he winked his left eye. Tengok tu. Serius sweet-talker kan?
Macam mana aku boleh tak pernah sekalipun sangkut kat dia, even crush sekalipun sebagaimana ramai perempuan kat fakulti aku yang dah gilakan dia. Because I know his secret.
Ya, memang blog ini sebenarnya khas untuk cerita pasal love life aku konon-kononnya, tapi since hidup aku sekarang tidak berfokuskan soal hati dan perasaan, jadi kat sini jugak aku akan arkibkan kisah-kisah yang aku tak boleh cerita di blog satu lagi yang lebih public.
So now here it goes.
Rahsia dia? Yes, aku rasa korang dapat agak bila aku cakap dia tu metrosexual. Yeap, he's gay. Sayang kan? Tapi dah semester 2 kat fac ni aku dah tak rasa pelik. Surrounded by gays, even classmates aku yang lelaki pun majoriti adalah straight BER-PERCENTAGE. You know what I mean.
Riz sangat baik. Dia gentleman. Takkan biarkan perempuan jalan sorang-sorang. Oh, in friendship pun he's the man. Masa tu buat assignment photo 'night shot' dekat Putrajaya. Sebab kereta penuh, tak ramai boleh ikut, termasuk geng-geng si Riz. Then masa shoot-shoot gambar kat Putrajaya tu, Riz tunjuk kat aku gambar yang dia dah ambil.
"Wahhhh! Riz, gambar ni cantik!" Aku memuji ikhlas hasil sentuhan fotografinya. Memang gambar itu cantik. Manual mode kot. "Thanks. I rasa I dah dapat gambar untuk assignment 'night shot' kita ni."
"Great then. Kalau macam tu, jomlah kita balik" sahut seorang kawan yang lain.
"Kejap, nak tangkap gambar untuk Ali, Fiq dan Erul pulak." See? Gengnya tak dapat ikut ke Putrajaya, tapi Riz akan ambilkan gambar untuk assignment mereka. How sweet!
Sem satu. Aku crush dekat sorang classmate aku, gelaran dia Iqram. It was not a major crush however, tapi entah macam mana, Riz boleh perasan.
"You nak tukar tempat dengan I? I nak duduk bawah kipaslah..." Dia berkata kepadaku semasa kelas psychology. Ceh, sengaja nak bagi aku peluang. Kedudukan asal; Iqram, Riz dan aku. Sengaja Riz nak bagi aku duduk sebelah Iqram.
Crush tu tak lama sebab aku dapat tahu Iqram pun straight ber-percentage. Susahnya nak cari lelaki sejati dalam kelas aku!
The point is, few weeks ago. Peringatan aku pada Riz tentang jangan sweet-talker sangat pada perempuan takut ada perempuan take it seriously benar-benar terjadi. Terjadi kat salah sorang kawan rapat aku pulak tu. Dia kelas lain, so dia tak berapa kenal Riz. Riz yang sweet-talker pada semua orang dan paling penting, dia tak straight 100%. Aku tak beritahu kawanku itu sebab itu hal Riz kan, aku malas nak masuk campur.
Nama kawan aku tu Didi. Cantik orangnya. Masa tu ada ceramah K.I. Didi satu group dengan Riz. Masa nak masuk dewan kuliah, Didi ada kat belakang Riz so Riz pun bukakanlah pintu dan persilakan Didi masuk dulu. Then Riz puji baju Didi lawa dan Didi nampak cantik hari ni. Then masa nak balik Riz lambai Didi. Nak tahu apa jadi lepastu?
Didi dengan excitednya cerita kat aku. Dia siap cakap "I have a feeling that Riz is hitting on me." Duhhh. Kalaulah aku boleh beritahu Riz buat begitu dengan hampir SEMUA perempuan.
Malas nak layan benda-benda ni. Yang Didi tu sibuk hari-hari suruh kirimsalam, spy on Riz. Nak je aku cakap, jangan perasan boelh tak? Tapi kang gaduh pulak. Aku malaslah nak ber-slow talk bagai. Kalau orang dah angau, cakaplah apa pun bukan dia nak percaya. Lagi orang cantik. Mestilah dia ingat semua lelaki yang buat baik kat dia tu, nak ushar dia.
So aku tahan telinga jelah.
Akhirnya nak tau apa jadi? Didi discovered sendiri yang Riz itu gay. Di Facebook. Okey, setel masalah. End of story.
No comments:
Post a Comment
Setiap pandangan kamu sangat membantu