Saturday, April 28, 2012

A crush that has never been told

Mungkin pernah. Kat sorang. Atau dua orang.

Masa Form 2. Yeahhh antara zaman banyak gila crush kat orang. Nak buat macam mana. I tell you guys, bila dah besar ni baru aku sedar. Zaman aku awal-awal sekolah dekat sekolah menengah pertama aku tu, banyak gila senior hensem-hensem. It's like every corner you turn you will see one :D Heheheee. Meskipun masa tu aku tengah crazily suka dekat 1st love aku, tapi sempat je crush kat orang lain jugak :D Nama pun kanak-kanak ribena kan. Hewhewhew. Ni nak cerita pasal dia lah ni.

Dia tua tiga tahun dari aku. Sebaya dengan abang aku. Masa tu dia belajar dengan mak aku. So masa dia tuisyen kat rumah aku, kat situlah aku kenal dia. Nama dia Abang Amer. Haha secara umum panggilan 'abang' tu untuk orang yang lebih tua kan, tapi kalau kau panggil orang yang kau suka dengan panggilan 'abang' memang ada feeling yang lain sikit rasanya, wahahaha! Yang bestnya dia pun bahasakan diri dia abang jugak :P

Masa form 4. Aku sama kelas dengan cousin dia. Woohoo. Aku suruh kirimsalam dekat Abang Amer dan mintakan nombor phone Abang Amer. Then masa hari raya tahun 2007 aku text Abang Amer, just wish selamat hari raya =)

Few days later baru dia balas. Katanya dia sihat, cuma busy beraya. Aku ingat lagi mesej dia.


Wslm. Sori lambat balas. Abg sihat je ni cuma biasalah bz beraya. Abg harap awk pun sihat jugak. Thanks sbb igt kat abg. Awk nak spm kan tahun depan? Study rerajin ok. Kirimsalam kt Teacher. 


His text has really made my day :) Lepas tu aku pindah Johor. Tak ada sebarang perkhabaran tentang dia. Aku pun terus terlupa pasal dia.

Baru-baru ni aku add dia kat Facebook. Dia approve, tapi tak ada pulak tanya apa-apa. Biasalah kat Facebook, kalau kau atau orang lain add dan approve pun, kalau salah satu pihak tak mulakan perbualan sampai bila pun takkan wujud perbualan kat situ, meskipun tagline Facebook Facebook helps you connect and share with the people in your life.

Lepastu aku flashback-flashback balik, teringatlah conversation dengan dia masa zaman muda rumaja dulu. 

"Abang tak ada awek ke?" masa tu aku yang polos (tak berapa polos sebab pandai jugak menggatal in an innocent way masa tu) bertanya masa lepak-lepak dengan dia.
"Tak ada. Siapalah yang suka kat abang ni. Bukannya hensem pun. Tak pandai mengayat."
"Eh mana ada, abang hensem apa. Saya suka apa kat abang."
"Kalau macam tu awak jelah jadi awek abang."

And we laughed. How sweet, masa dulu. Ada orang bagi perhatian macamtu. Macam ada tempat bermanja, cewah. Oh ya, masa Form 2 aku sekolah sesi petang tau. Masa tu aku pengawas. Aku jaga pintu pagar. Antara part paling aku suka sebab masa tu senioritta sesi pagi akan pulang dan di kesempatan inilah aku gunakan untuk mencuci mata. Then selalu nampak Abang Amer yang kachak.

"Hai awak!"
"Hai abang!"
"Tak panas ke awak jaga pagar hari-hari macam ni?"
"Tak lah, oke je. Sebab dapat ushar-ushar orang. Hehehe."
"Oh, siapa yang awak ushar?"
"Abanglah. Siapa lagi? Hehehe."
"Abang pun lalu sini mesti ushar awak."

Okay aku tau korang semua mesti nak muntah baca kan. Tapi sumpah rindu zaman muda-rumaja weh! Tak sangka, aku dari dulu kuat trolling rupanya! :D

Okey, one of my classmates masa Form 4 tau cerita pasal aku dengan dia ni since aku suruh cousin dia kirim salam dan mintakkan nombor phone dia masa tu. Then it happens dia kenal yang mana satu Abang Amer ni. Nak tau apa komen dia?


"Nak yang muka matured je.. tapi hensemlah dia, macho."


Hahaha. Rindu saat itu. Nothing serious but untuk pengetahuan kalian, now I'm back at writings :) Been writing scripts for my drama class and writing script for choral speaking and plays for my college. One of my classmate dulu ambil Diploma in Script Art, under the faculty of Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA). I've been thinking on doing that for Master. Itu pun sebab several people dah cakap "Hey, you should go for TEKA lah!" sebab diorang tengok kalau ada event je, aku suka involve in writing-wise. So I began to give a thought about it. Mungkin satu hari nanti InsyaAllah. Degree pun tak sampai separuh jalan dah cerita Master. Such a daydreamer ! Hehe. And it happens now banyak kena tulis pasal lovey-dovey stuffs. To make the story sweet, I discovered tulis pasal moment we fall in love and yearning for someone's heart tu lagi wonderful daripada story bila dah in a relationship. Sebab bila dah in a relationship we tend to take things for granted. Hrmm.


So sekarang tengah mencari inspiration lah. Itu memori zaman lampau semua diselongkarnya kalau ada. Huhu. Oh ya, dengar cerita Abang Amer jadi technician kat SIRIM sekarang. Kebetulan mungkin dalam minggu selepas cuti ni kitorang ada kena pergi SIRIM, interview PR officer dia. Ada chance tak untuk jumpa atau terserempak dengan Abang Amer?
He he he.

1 comment:

Setiap pandangan kamu sangat membantu