Easy. Sebab kita 'tak perasan' atau tak tau siapa yang boleh bagi jawapan tu pada kita. Kita terlalu takut untuk meluahkan, tapi takut kita tu bersebab. Hal yang sangat peribadi, rahsia hati kita... Tentu susah nak bercerita pada orang unless kita tak rasa sangsi langsung pada dia kan? Tapi selagi kita tak mahu ambil risiko, selagi tu kita takkan jumpa orang yang mampu bagi kita jawapan tu. We've tried many errors kan? Why not kalau cuba sekali lagi, bukannya teruk sangat kesannya kan? Sebab kita takkan mampu mencari jawapan tu sorang-sorang. Ah apa susah kan, tak mampu cari jawapan tak payah cari. Tapi kita terpaksa akur, kita tak boleh tipu diri kita. Kita nak tau jawapan tu.
Korang tau tak,
Menyukai seseorang yang tak tau pun kita suka dia memang sesuatu yang bodoh. Tapi itu bodoh yang bergaya.
Aku selalu pujuk diri aku dengan kata-kata tu. Kadang-kadang bila orang luahkan masalah pasal one-hand-clapped love ni pun aku akan guna kata-kata tu untuk pujuk mereka. Hakikatnya walaupun kita akan jadi 'a kewl idiot' tapi cinta tak berbalas atau sebelah tangan ni memang sakit kan?
Cukuplah, aku dah rasa. 2 kali. Mungkin sebab itu aku sangat serik dan jadi insecure tentang hati dan perasaan. Walaupun orang tu dah sangat rapat dan baik dengan aku, aku masih rasa sangsi. Walau dia dah confess perasaan 'cinta' tu pada aku, aku masih susah nak percaya. Trauma kah?
Tapi setelah berfikir semalaman, akhirnya aku dapat jawapannya. Jawapannya sebab aku susah nak move on. Kenapa susah nak move on, sebab masih berharap. Langkah pertama ialah kena buang perasaan mengharap tu. Baru boleh pergi ke langkah yang seterusnya. Aku dah date ramai orang, tapi sebenarnya aku masih tak nak buka hati aku, sebab tu satu pun hubungan cinta aku tak berjaya. Lepastu aku takut meluahkan. Dan ketiga, aku taknak letak rasa percaya tu.. Mana boleh berjaya sesuatu hubungan tu kalau tak ada kepercayaan, kan?
Pasal aku punya first love dulu. Aku sukakan dia dalam tempoh yang lama. Mungkin lebih, tapi seingat aku tempoh yang aku benar-benar sukakan dia adalah selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun tu aku ada berkawan dengan orang lain, peliknya aku tak boleh menaruh perasaan pada sesiapa lagi sebab aku hanya 'nampak' dia seorang, Mr. Kewl tu. Tapi bila dia dah habis sekolah, aku dah tak nampak dia dan perasaan tu mula berkurang. Mungkin sebab terlalu malu dan kecewa dengan diri sendiri lalu aku bertekad nak lupakan dia. Baru bertekad, belum lupa.
Things happened. Jiran Mr. Kewl adalah budak sama batch dengan aku juga. Nak bagi dia gelaran apa dalam blog ni eh? Bantai ah, Ell. Ell tau aku suka Mr. Kewl sebab dari Form 2 aku asyik tanya Mr. Kewl kat rumah macam mana, petang-petang ada keluar tak, semua-semua ktiviti Mr. Kewl sampai Ell cakap dengan aku "Aku ni jiran dia jek, bukan bini dia. Mana aku tau." Tapi aku tak peduli, setiap hari aku mesti tanya pasal Mr. Kewl kat dia. Rasa kelakar pula bila ingat. Sebab tu kitorang jadi rapat. Masa aku tau Mr. Kewl dah ada awek, pun pernah aku luahkan pada Ell. Sebab bagi aku masa tu dia seorang yang blurr, jadi paling selamat aku bagitau pada dia tentang rasa hati aku. Masa berlalu, setiap hari kalau jumpa Ell aku asyik mengeluh tentang perasaan aku pada Mr. Kewl. Walaupun Ell banyak ejek aku, tapi respons dia buat aku senang, buat aku ketawa. Bila dia tengok aku dah over sangat melalut tentang betapa sukanya kau pada Mr. Kewl, dia akan cakap, "Kau suka dia, tapi, dia suka ke kat kau???" Nampak biadap, aku selalu marah dia. Tapi itulah kenangan manis sebenarnya.
Ell banyak dikaitkan dengan pelajar perempuan yang pandai, cantik, dan atlet sekolah. Oleh kerana Ell dah terlalu banyak menjadi mangsa luahan perasaan aku terhadap Mr. Kewl, aku pun tolong dengar masalah 'girl-boy relationship' dia. Pada awalnya, aku tolong dengan niat memang untuk membantu. Aku selalu tolong Ell kenalpasti perasaan dia pada perempuan yang dikaitkan dengan dia. Aku cakap, kalau kau betul suka apa salahnya. Lagipun di mata aku perempuan-perempuan yang dikaitkan dengan Ell semuanya berkualiti. *heh, ayat kau tak boleh blah!* Ell asyik kata tak pasti, tak pasti dan tak pasti. Aku tolong dia set up pertemuan untuk dia clarify things dengan perempuan yang dikaitkan dengan dia. Semua aku buat sebab nak balas budi dia jadi pendengar luahan mengarut aku.
Tapi tanpa aku sedar, satu hari bila dia tak datang dan aku tak dapat bercakap dengan dia, aku rasa something is missing. Tak lengkap. Macam, ada sesuatu yang aku tunggu. Masa tu aku sedar yang aku dah mula buka hati untuk dia. Bukan untuk Mr. Kewl lagi. Sejak tu aku beli satu buku nota baru, segala catatan tentang dia mesti aku coretkan. Perasaan aku jadi makin kuat. Aku mula berubah bila bercerita dengan dia. Aku taknak dengar pasal perempuan-perempuan yang dikaitkan dengan dia lagi. Sebab semua tu buat hati aku sedih. Tanpa aku sedari aku dah tak lagi menolong dia dan mendengar masalah dia. Aku jadi selfish. Aku mahukan dia. Sangat-sangat.
Salah aku sebab dah mula tak pandang dia sebagai seorang kawan. Lepastu baru semua insiden berlaku. Aku jadi kecil hati dengan dia, aku rasa marah sangat dengan dia. Dan aku benci dia sebab aku tak boleh berhenti sukakan dia. Bayangkan, dia orang paling tak disangka-sangka yang akan aku suka selepas menyukai Mr. Kewl dalam tempoh yang lama.
Kalau aku matang masa tu, aku akan terus jadi kawan dia. Jangan menaruh harapan. Macam tu mesti aku dapat jumpa dia sebelum pindah kan? Dan mesti aku tak rasa kesal gila macam sekarang ni.
Aku berjaya move on pasal Mr. Kewl sebab aku dah buang perasaan mengharap pada dia tu. Sampai sekarang, tipulah tak rasa apa-apa bila ternampak gambar Mr. Kewl kat FB. Tapi aku masih mampu senyum dan ketawa bila tengok, wahh ini rupanya first love aku dulu. Tapi Ell? Aku masih rasa pedih. Sebab aku masih mengharap, so no matter apa yang aku buat untuk lupakan dia, seberapa banyak lelaki yang aku dah jumpa atau sejauh mana aku pindah, aku tetap tak dapat nak move pn.
Oh ya, jawapan yang aku cari selama ni rupanya mampu dirungkaikan oleh kawan baik aku sendiri. Aku sendiri tak sangka, mujur aku bertindak untuk buka hati aku untuk mempercayai seseorang. Dan dengan menggunakan nalurinya sendiri, dia berjaya teka semua orang yang aku pernah suka gila-gila ni. Perbincangan dengan dia banyak buka mata dan hati aku. Dia cakap sebab aku tak mampu nak lupakan, aku decide untuk retell the story. Dalam masa yang sama aku masih tak boleh move on lagi.
Okay, sekarang aku dah jelas. Aku bertekad TAKNAK mengharap lagi. Aku akan betul-betul cuba buka hati untuk orang lain. Aku takkan mengharapakan orang tu sama seperti orang yang pernah aku suka.
Walau bagaimanapuun, aku admit. Ell lelaki yang hebat. Sebab dengan muka emotionless dia tu dia dah buatkan ramai orang jatuh hati kat dia. Kecewa sebab dia. Berharap pada dia dan akhirnya putus asa. Bezanya, semua perempuan yang pernah sukakan dia dah move on. Buka hati untuk orang lain. Aku jek yang masih berada di takuk lama. Tak nak move on.
Kata-kata kawan baik aku berjaya membuatkan aku berfikir. Dulu aku fikir kalau kita mampu suka seseorang dalam tempoh masa yang lama, itulah cinta sejati. Perasaan paling ikhlas, paling jujur. The earnest feeling. Tapi aku sedar, cinta sejati tak semestinya kita yang kena sukakan orang tu untuk tempoh yang lama. Kadanf-kadang baru kenal setahun dua, tapi mungkin itu cinta sejati kita. Cuma kita taknak nampak sebab masih mengharapkan yang takkan dikecapi. Aku ambil contoh situasi kawan baik aku tu. Lepas dia give up untuk suka Ell, dia buka hati dia untuk orang lain yang dah jadi bf dia sekarang ni. So far diorang dah couple 4 tahun, tempoh yang lebih kurang sama dengan tempoh aku sukakan Ell. I mean, kalau masa tu dia still mengharapkan Ell dan tak buka hati dia untuk bf dia sekarang ni, mana dia nak tau kan yang bf dia sekarang boleh jadi true love dia. Yang dia boleh suka lebih lama daripada Ell. We never know kalau tak buka hati betul-betul kan?
Aku gunakan situasi tu sebagai panduan sekarang. Mungkin kalau aku pun dah buka hati aku sepenuhnya, aku akan jumpa true love aku yang masih undiscovered atau aku tak nampak tu. Aku mula betul-betul sukakan Ell pada awal tahun 2007, ketika umur aku 16 tahun. Dan hari ini, tahun 2011 dan umurku 20 tahun, aku nak berhenti mengharapkan dia buat selama-lamanya. :)
Phew! It's a long discovery dan satu discovery yang memenatkan. Haha, dengan terpaksa dig balik kenangan dan cerita-cerita lama. Aku tak sangka secepat ini kita membesar. Semua cerita zaman remaja, macam semalam baru berlaku. Sebab kita mampu ingat dan ia bawa kesan yang mendalam dalam hidup kita.
Aku akan capai impian aku. Aku akan buat yang terbaik untuk diri aku. Aku nak move forward, not backward. tak nak dihantui kenangan-kenangan lama. Kenangan lama ada yang manis, tapi biarlah aku cipta kenangan yang lebih manis di masa hadapan, kan? Sebab yang lama takkan berulang. AKu yakin kalau aku buat yang terbaik dalam hidup aku, mesti aku akan dipertemukan dengan orang yang sepatutnya juga. Ya Allah, semoga jodoh yang Kau tentukan untuk aku adalah yang terbaik untuk diriku. Aku tak tau siapa, tapi bila tiba masa aku harap Kau tunjukkan pada aku yang dialah perfect match bagi aku. Amin..
Teringat masa umurku 18 tahun, masa mula-mula masuk kelas Syariah kat Form Six. Ustaz aku pesan pada kelas supaya kami semua dah mula kena baca doa untuk jodoh yang baik. Aku tau orangnya memang ada, tapi bukan Ell. Alhamdulillah, I'm moving on. Aku harap lepas ni kalau aku ternampak gambar Ell pun, aku boleh act macam mana aku nampak gambar Mr. Kewl. Senyum dan biarkan semua rasa tu jadi kenangan. InsyaAllah.
sumpah aku nangis baca ni..terharu sangat..ko sangat tough..menyukai seseorang dalam tempoh yang sebegini lama.. akhirnya ko dapat move on.. aku tak pernah sangka ko pernah ada pengalaman macam ni..because all this while aku pun ingat ko sengaja suka jual mahal.. semua ni tak mudah bagi kau, i mean sampai dah bertahun-tahun macam ni..tahniah sbb dah berjaya move on, my fren! :')
ReplyDeleteaww... thanx sweetheart :)
ReplyDeleteaku tak bermaksud nak buat org menangis baca kisah aku, it just I want to share how does it feels to have cinta yang tak kesampaian :))
yeah, aku pun takkan berjaya move on tanpa bantuan orang lain. alhamdulillah aku ditunjukkan jawapannya. and yeah, lega sangat dapat hilangkan perasaan mengharap tu! :)