Thursday, February 3, 2011

My First Love Story

Pathetic. Itu jek yang mampu aku katakan.

Aku gelarkan dia Mr.Kewl sebab dia ni orang pertama yang aku mula jatuh hati. Kira macam first love WTF lah. Dulu, aku anggap dialah lelaki paling kewl. Aku suka gila kat dia. Dari Form1. Tiga tahun lamanya aku suka kat dia gila-gila. Dia senior aku, atas aku 2 tahun.

Bila aku betul-betul suka orang tu, aku tak mudah nak bagitau kawan-kawan. Lagi aku cuba cover adalah. Padahal setiap kali aku nampak dia mesti gila bayang dibuatnya. I know, I can't say that was love coz I was very young at that time. Tapi apa maknanya menyukai seseorang dalam tempoh yang begitu lama tanpa dia sendiri ketahui? Dan aku sedar diri aku, kalau dia tau pun aku takkan dapat peluang. Coz he's into pretty girls. Maknanya = b.o.d.o.h.

 Bila aku dapat tau dia couple dengan senior perempuan yang aku sangat adore, aku sampai menangis. Tapi dia tak pernah tau. Siapalah aku nak luahkan perasaan pada dia? Kami pernah rapat sebab sama-sama prefect dulu. Aku ada kenangan manis dengan dia. Masa pergi camping pengawas, kami dapat satu kumpulan secara random. Doa aku macam termakbul masa tu. Kan ada malam kebudayaan kena buat persembahan kan? Kami berlakon jadi anak dan ayah. Aku dapat pelakon perempuan terbaik, dia dapat pelakon lelaki terbaik. Masa tu aku Form 2 dan dia Form 4. Ada lagi kenangan dengan dia. Masa buat aktiviti lasak, kena panjat some type of tembok macam tulah. Dia ketua kumpulan, jadi setiap anak buah yang buat rentas halangan tu, dia kena tengok and make sure semua dapat lepas buat aktiviti tu. Masa aku panjat tembok tu, kaki aku macam tergelincir dan hampir jatuh. Tapi dia sempat tarik tangan aku. Sejak tu aku rasa berdebar yang amat menggila.

Sampai sekarang, bila aku terjumpa profile dia kat FB, aku akan senyum. Senyum yang dalam hati ada rasa yang tak kesampaian. Tak apalah, walaupun kita bertindak bodoh kerana menyukai seseorang yang dia sendiri tak tau, tapi itu bodoh yang bergaya. So, I'm moving on.

Walau macam mana pun, mak dan adik-beradik aku tau aku suka dia. Hahahaha, means aku betul-betul suka kan time tu sampai family pun tau :P Bukan apa, sebab dulu gambar dengan dia yang aku ada semuanya aku simpan elok-elok, asyik tengok jek. Mana tak kantoi, hehe.

Sekadar gambaran kasar pasal Mr. Kewl. Remember the name, study the characteristics as I'm going to tell A LOT more about him in this blog, later.

No comments:

Post a Comment

Setiap pandangan kamu sangat membantu