Meh aku ceritakan rahsia ni pada korang. Masa form 4, I ada crush kat sorang schoolmate i ni. Kami kawan dari sekolah rendah, banyak kali satu kelas and masa sekolah menengah kat Shah Alam dulu walaupun kitorang tak pernah sama kelas tapi boleh kata 'close-selamba-selamba' gitulah. Kira bila terserempak main 'hoi-hoi' atau tunjuk jari dua batang tu jek tanda keamanan. Langsung tak pernah rasa berdebar ke bila tegur, jauh sekali nak rasa awkward. Sebab tak ada feeling-feeling dalam hati kan. Plus agak-agaklah nak feeling pun, kawan sekolah rendah kot! Masing-masing dulu pernah tengok masing-masing berhingus, main kejar-kejar, makan aiskrim sampai meleleh-leleh kat pipi dan dressing baju sekolah pun selekeh. (hehe kantoi sudah! :P)
Semuanya mula lepas habis PMR. Tak ramai budak rajin datang sekolah, muka-muka rajin
Berbalik kepada topik asal. Sebab semua orang bebas buat aktiviti masing-masing, (bukan parti liar okey!)jadi kami suka lepak kat kerusi depan koperasi(taktau ada lagi ke tak kerusi batu tu kat situ) atau perpustakaan, I pun ternampaklah mamat ini. Sebab pelajar lelaki pemalas ramai taknak datang sekolah mentang-mentang dah habis exam, jadi muka dia jadi ketaralah dalam ramai-ramai student Form 3 tu. Entah macam mana, at last kitorang boleh selalu lepak dan story-mory sesama. Kira hari-hari terakhir persekolahan Form 3 tu memang selalu dengan dia ni lah. But don't get me wrong lah. I tak suka kat dia secepat itu. Sumpah rapat as normal friends and peers saja. Yang kelakar, I selalu buli dia dulu, hehehe. Sebab muka dia ni muka yang emotionless. Dia happy ke, sedih ke, blurr ke, meroyan ke semua ekspresi muka sama saja. Kami ada beberapa common interests (satu jek kot?) which is manga. Masa Form 3 dulu suka sangat baca manga-manga dalam KREKO dan ARENA. KREKO tu kira macam e-pop lah bagi I sekarang. Kalau tak beli setiap keluaran rasa tak lengkap hidup ni, ngehehe.
Masa tu I agak pelik, dia ni dahlah muka emotionless, tapi ramai gila girls suka dekat dia. Perempuan yang cantik-cantik, pandai-pandai pula tu! I selalu tanya dia, "Apa kau pakai ha???" Oh! Saya baru teringat macam mana kami boleh close ;) Orang pertama yang saya suka masa masuk sekolah menengah tu ada connection dengan dia! Entah macam mana dia boleh tau saya suka orang tu, hehe. Dia pula, ramai classmate perempuan minat! Jadi dia story kat I. I adalah bagi nasihat sikit-sikit sebab dia memang tak layan hal-hal macam ni, ececeh! :P Masa tu a classmate of him was into him and he just want to clarify things with the girl. Perempuan tu macam dah bagi hint untuk confess, tapi dia ni kan blurr! Dia buat-buat tak faham saja. Lepastu confirm perempuan tu rasa segan kan, dahlah perempuan tu one of the popular girls in school.
Dipendekkan cerita, masa Form4 aku rapat dengan dia sebab waktu rehat kitorang suka lepak library sesama. Tapi tak ramai yang tau, dan aku tak bagitau sesiapa yang aku sukakan dia. Mungkin ada kat sorang dua, but I make sure ia kekal sebagai top secret. Aku happy sangat dapat kawan dengan dia, aku yakin dialah orang yang aku cari sebab aku kagum sangat dengan dia. Sayang sekali masa tu aku msih penuh dengan sifat negatif. Aku banyak tak suka orang tanpa aku sendiri tahu apakah sebabnya. Dia tau perangai aku tu dan cuma geleng kepala. Semakin lama, aku dah tak dapat tahan perasaan aku. Hati aku pedih bila nampak dia, sebab perasaan tu aku tak dapat nak cakap. Pernah aku buat brownies dan bawakan untuk dia dengan alasan "Aku bawak ni tadi banyak dan tak habis, jadi kau makanlah. Bawa balik." Padahal memang aku buat untuk dia. Nak menangis aku bila dia cakap brownies tu sedap dan "Kau ni romantik gila!" Padahal dia ungkap dengan tak bermaksud apa-apa, aku yang lebih-lebih terharu. Aku nekad sebelum habis sekolah aku akan cuba confess kat dia. Sebab dia aku banyak berubah dan jadi makin rajin, especially dalam soal pelajaran.
Sebab kami selalu lepak sama kat library, adalah mata-mata yang memerhati. Mula-mula mereka tak rasa pelik, biasalah kawan-kawan kan. Tapi bila dah hari-hari nampak aku dan dia jalan beriringan balik ke kelas (kelas dia sebelah kelas aku), orang mula bertanya. Bila orang tanya "Kau ada apa-apa ke dengan dia?" Aku deny tapi tak bersungguh-sungguh. Blushing lagi adalah. Sebab memang kita mengharapkan dia kan. Satu hari, aku cuba buat lawak tapi at the same time aku nak hint kat dia yang aku suka dia. Aku cakap, "Kau tau tak, mana-mana aku pergi mesti aku teringat kau." Dia dengan emotionless-nya jawab "Aku pun. Sebab kau ni banyak kerenah." Aku senang dengar jawapan dia. Satu hari, aku berpeluang sembang dengan adik dia yang baru masuk Form1 masa tu. Aku tegur tanya "Adik ni adik *dia* ke?" Padahal aku memang dah tau, saja buat-buat tak tau. Tanpa disangka respon adik dia sangat menggembirakan aku. "Ini kak *nama aku*, kan? Kawan abang kan?" Eh adik dia taulah! Hihi, au cuba cover lalu dig lagi. "Macam mana adik tau akak kawan dengan abang adik?" "Alahh, abang selalu citer kat mama pasal akak." WOWZERZZZ! Ini satu pencapaian! "Dia cerita apa kat mama?" tanya aku lagi. "Macam-macam. Yang dia selalu pergi library dengan akak."
Sebab terlebih hepi, aku jadi salah tafsir. Biasalah cerita pasal kawan yang selalu lepak dengan kita kan? Nothing much pun. Tapi aku yang hepi lebih-lebih. Sejak tu aku makin suka kat dia. Sampai salah seorang kawan aku merangkap classmate dia dah perasan. Sebab dengan dia, aku dah jadi lain. Makin lama makin awkward, padahal aku terkenal dengan sikap yang selamba.
Lalu classmate dia tu tanya kat aku lagi, "Kau ada apa-apa ke dengan dia? Lain macam jek bila aku tengok kau dengan dia?" Dia merujuk kepada reaction aku bila lepak dengan si dia tu. Mungkin aku sampai tak boleh cover feeling tu. Seperti biasa, aku deny tapi tak bersungguh. Dia tak puas hati, lalu dia tanya kat lelaki idaman aku tu pasal status kitorang. Aku nampak diorang bercakap kat satu meja kat library. Bila dia nampak aku, dia panggil aku. Budak yang bertanya tu kita gelarkan dia X.
"X ni ha, dia cakap kita ni couple. Aku gelak giler-giler dengar dia cakap macam tu tau!" Lelaki idaman aku berkata. Sumpah aku rasa nak nangis masa tu. Tapi X ada kat situ, aku cuba sembunyikan feeling aku dan buat-buat sempoi saja. Lalu untuk cover dengan gaya sempoi aku cakap, "Eh? Macam tu pulak, kita mana ada apa-apa, kan? kan?" Aku buat-buat deny depan X. Sumpah fake. Jawapan dia membuatkan aku sangat kecewa. Dia gelak dan berkata, "Ha'ahlah. Kalau ada pun aku taknak."
Now I get your point. Kau tak pernah anggap aku lebih dari seorang best friend. Aku yang perasan lebih. Pathetic. Segala tindak-tanduk dan nasihat dari kau, semuanya sebagai seorang kawan baik saja. Sayang yang kau ucapkan, semuanya sebagai kawan. Aku frust. Balik rumah aku menangis semahunya. Tapi petang tu aku pergi buat homework kat library awam Shah Alam. Nak dapatkan ketenangan. Akhirnya aku hantar satu text kat dia. Yang aku ingat, lebih kurang macam ni ayat aku. "Sorry sbb buat org slh phm psl kte. Kte xsepatutnya terlalu rpt sbb tkt org slh phm lg kn? Mst ko mrh dikaitkan dgn aku ni." Yang buat aku terkejut, sekejap saja dia dah balas. Padahal aku dah cukup kenal dia, seorang yang malas nak balas SMS. Text dia, "Aku xkisah sebenarnya. Org mmg akan slh phm tapi sebenarnya aku xkisah pun. Bukan benda besar pun." Heh. Kau memang pandai mainkan perasaan aku. Kau cakap tak kisah, tapi masa kat sekolah pagi tadi depan X kau gelak dan cakap kata-kata yang cukup pedih untuk aku. "Kalau ada pun, aku tak nak."
Tak dapat kau pun, aku cuma nak tau kau sukakan aku tak??? Aku minta pendapat best friend kau pada masa tu, tapi secara hint la aku tanya. Kita gelarkan kawan baik dia ni Y (Y seorang lelaki).
Aku : Kau rasa *dia* ada suka kat mana-mana perempuan tak sekarang ni?
Y : Aku taktaulah nak cakap. Sebab kau tau dia tu mana orang boleh tau apa dalam kepala dia. tapi dia banyak cakap pasal kau masa kitorang lepak sesama.
Dia buat aku keliru. Atau salah faham. Hati perempuan ni kan sensitif. Walaupun 'friendship' kita ni tak ramai yang tau tapi dah macam-macam perkara kita went through together. Contohnya masa dia tak datang sekolah seminggu, aku jadi risau. Phone dia aku tak dapat get through. Nak tanya classmate dia? Takut mereka syak. Apasal budak kelas sebelah sibuk nak tau hal budak kelas lain kan... Aku tahan curiousity tu sebab aku dengar dia memang tak sihat. Tapi sakit apa? Serius ke?
Minggu depan bila aku nampak dia semula kat library masa waktu rehat, aku terus jumpa dia. "Lama tak nampak?" Aku cuba control dan berbasa-basi walhal aku sangat ingin tau apa yang menimpa dia sampai tak datang sekolah. Dia boleh buat lawak cakap, "Ke mana tercampak?" Lepas tu dia senyum. Dia suka sentuh hati aku dan buatkan aku nak menangis. Bila aku tanya dia kenapa tak datang, dia jawab dia kena gatal-gatal satu badan. Masa tu aku taktau kenapa aku emo sangat, terus tiba-tiba aku sebak dan menangis. Tapi sikit-sikit saja, hanya butiran halus air mata yang keluar sebab aku cuba tahan perasaan aku. "Lain kali bagitaulah aku! Aku risau kau seminggu tak datang! Mesej kau tak balas, call tak dapat... Aku..." Masa tu aku dah tak tahan lagi. Terus aku seka airmata dengan lengan baju sekolah. Nasib baik meja kat library yang kitorang duduk tu agak hujung dan orang tak ramai. Tak ada orang perasan. Dia terkejut, tapi lepas tu dia gelak. Sweet sangat. "Jangan macamtu, aku tau kau sayang kat aku. Aku janji lepasni kalau aku tak datang, aku bagitau kau ye? Dah dah jangan nangis. Nanti orang ingat kita buat drama swasta kat sini." Aku seka air mata dan ketawa. Pertama kali aku dengar dia cakap macam tu.
Kan dah cakap, kitorang ni minat manga. Masa tu kitorang dua-dua minat baca manga Death Note. Sekali ada keluar pulak movie tu kat cinema. Aku tanya dia, saja-saja jek "Kau nak pergi tengok tak?" Dia jawab "Kalau ikut kau, bolehlah. Sebab aku tak biasa pergi cinema ni. Seingat aku pernah sekali jek aku pergi masa kecik dulu." Macam biasa, sebab masa dia cakap tu muka emotionless gila so aku akan ketawa. Tapi perbualan pasal cinema tu terhenti kat situ jek. Sebab lepas tu loceng dah bunyi dan kitorang masing-masing sibuk nak balik kelas.
Esoknya, waktu rehat, di meja yang sama kitorang duduk tiba-tiba dia cakap "Weh, aku dah bagitau ayah aku yang aku nak pergi tengok Death Note dengan kau. Ayah aku bagi." Wait, WTF???? For real ayah dia bagi, and for real dia minta izin ayah dia???? Tersedak terus aku. "Kau biar betul, ayah kau bagi???" Dengan selamba dia jawab "Ha'ah. Aku pun tak sangka aku cakap sekali dia terus bagi."
Itu satu kenangan dengan dia. Ada banyak lagi, makin aku cerita makin hati aku pilu. Nanti aku cuba kumpul kekuatan dan coretkan kenangsn tu kat dalam blog ni. Sebab walaupun dah bertahun-tahun, aku masih ingat dengan jelas segala yang berlaku antara kita.
Sambung scene sedih kat atas tadi, lepas dia balas text aku cakap sebenarnya dia tak kisah tu dah menjadi SMS terakhir antara kitorang. Aku rasa kecil hati dia cakap depan X yang dia tak nak pun ada apa-apa dengan aku. Aku sedih. Sejak tu aku cuba avoid dia. Selalunya lagi kita avoid lagi kita terjumpa kan? Tapi lain halnya dengan aku. Makin aku avoid, makin aku tak nampak dia, even bila ada event-event yang melibatkan semua student Form4 masa tu. hakikatnya hati aku pedih tak dapat tengok dia lagi, tak dapat cakap dengan dia... Tak dapat jumpa dia hari-hari dan bagi brownies yang aku buat, atau makanan yang aku sengaja bawa untuk dia.
3 bulan aku tak betegur sapa dan terserempak dengan dia lepas insiden depan X haritu. Aku pun taktau kenapa aku act macam tu. Mungkin sebab aku sedih sangat. Walhal aku boleh je kan act normal dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. tapi tulah, I was so immature. Dan tindakan tu membawa satu penyesalan yang amat sangat kepada aku.
Penghujung tahun 2007, berlaku sesuatu yang menyebabkan aku dan family terpaksa pindah mendadak ke kampung mak aku di Johor. Shah Alam, tanah tumpah darahku dan tempat aku lahir dan membesar terpaksa aku tinggalkan setelah 16 tahun hidup di situ. Sebab kami lama duduk kat situ, keluarga aku buat kenduri sebelum pindah. Aku ajak classmates dan orang-orang yang rapat dengan aku datang. Sampai dua khemah kenduri tu. Ramai yang datang. Aku jemput Y, kawan baik dia tu. Sebenarnya hati aku meronta-ronta nak jemput dia sendiri datang ke kenduri farewell aku tu. tapi tak ada keberanian. Masih ego sebab masih terasa hati dengan dia. Dia langsung tak fikirkan perasaan aku.
Tapi entah kenapa, aku macam yakin dia akan datang. Coz kan Y akan datang, mesti dia ikut punya. Malam masa kenduri tu aku taknampak kelibat dia. Aku jumpa Y, tanya mana dia, dia tak ikut ke. "Kau tak ajak dia ke?" tanya aku pada Y. Y jawab "Dah, tapi dia cakap camni kat aku 'dia tak jemput aku pun, takkan aku nak datang.' So aku pun tak tanya lagilah".
Jawapan Y sungguh mengecewakan aku. Oh! kenapa bodoh sangat aku tak jemput dia sendiri? Dia pun satu, ni kan kenduri aku nak PINDAH, kenapalah tak datang jek??? Dah datang takkan aku nak halau???
The kenduri was awesome, but aku kecewa tak dapat jumpa dia. then aku pindah Johor. Semua memori tu, aku tinggalkan kat Shah Alam. Aku pun ada life aku lepas tu kat Johor, met few awesome guys tapi tak pernah serius pun. Semua complicated relationship.
Apapun tahun lepas tiba-tiba aku dapat contact dia semula kat FB. It was an awkward reunion, but it was enough for me sebab dapat tau what's up with him-from his own mouth. Actually sebelum jumpa balik kat FB pun aku dah ada dengar cerita pasal dia kat Shah Alam, dah nangis dah pun. Hehe :P Segala story pasal pertemuan tu akan aku update nanti. Dah panjang sangat dah ni, okay.
Tapi entah kenapa, aku macam yakin dia akan datang. Coz kan Y akan datang, mesti dia ikut punya. Malam masa kenduri tu aku taknampak kelibat dia. Aku jumpa Y, tanya mana dia, dia tak ikut ke. "Kau tak ajak dia ke?" tanya aku pada Y. Y jawab "Dah, tapi dia cakap camni kat aku 'dia tak jemput aku pun, takkan aku nak datang.' So aku pun tak tanya lagilah".
Jawapan Y sungguh mengecewakan aku. Oh! kenapa bodoh sangat aku tak jemput dia sendiri? Dia pun satu, ni kan kenduri aku nak PINDAH, kenapalah tak datang jek??? Dah datang takkan aku nak halau???
The kenduri was awesome, but aku kecewa tak dapat jumpa dia. then aku pindah Johor. Semua memori tu, aku tinggalkan kat Shah Alam. Aku pun ada life aku lepas tu kat Johor, met few awesome guys tapi tak pernah serius pun. Semua complicated relationship.
Apapun tahun lepas tiba-tiba aku dapat contact dia semula kat FB. It was an awkward reunion, but it was enough for me sebab dapat tau what's up with him-from his own mouth. Actually sebelum jumpa balik kat FB pun aku dah ada dengar cerita pasal dia kat Shah Alam, dah nangis dah pun. Hehe :P Segala story pasal pertemuan tu akan aku update nanti. Dah panjang sangat dah ni, okay.
Kalau banyak typo tu faham-faham sajalah.
No comments:
Post a Comment
Setiap pandangan kamu sangat membantu