Saturday, April 28, 2012

A crush that has never been told

Mungkin pernah. Kat sorang. Atau dua orang.

Masa Form 2. Yeahhh antara zaman banyak gila crush kat orang. Nak buat macam mana. I tell you guys, bila dah besar ni baru aku sedar. Zaman aku awal-awal sekolah dekat sekolah menengah pertama aku tu, banyak gila senior hensem-hensem. It's like every corner you turn you will see one :D Heheheee. Meskipun masa tu aku tengah crazily suka dekat 1st love aku, tapi sempat je crush kat orang lain jugak :D Nama pun kanak-kanak ribena kan. Hewhewhew. Ni nak cerita pasal dia lah ni.

Dia tua tiga tahun dari aku. Sebaya dengan abang aku. Masa tu dia belajar dengan mak aku. So masa dia tuisyen kat rumah aku, kat situlah aku kenal dia. Nama dia Abang Amer. Haha secara umum panggilan 'abang' tu untuk orang yang lebih tua kan, tapi kalau kau panggil orang yang kau suka dengan panggilan 'abang' memang ada feeling yang lain sikit rasanya, wahahaha! Yang bestnya dia pun bahasakan diri dia abang jugak :P

Masa form 4. Aku sama kelas dengan cousin dia. Woohoo. Aku suruh kirimsalam dekat Abang Amer dan mintakan nombor phone Abang Amer. Then masa hari raya tahun 2007 aku text Abang Amer, just wish selamat hari raya =)

Few days later baru dia balas. Katanya dia sihat, cuma busy beraya. Aku ingat lagi mesej dia.


Wslm. Sori lambat balas. Abg sihat je ni cuma biasalah bz beraya. Abg harap awk pun sihat jugak. Thanks sbb igt kat abg. Awk nak spm kan tahun depan? Study rerajin ok. Kirimsalam kt Teacher. 


His text has really made my day :) Lepas tu aku pindah Johor. Tak ada sebarang perkhabaran tentang dia. Aku pun terus terlupa pasal dia.

Baru-baru ni aku add dia kat Facebook. Dia approve, tapi tak ada pulak tanya apa-apa. Biasalah kat Facebook, kalau kau atau orang lain add dan approve pun, kalau salah satu pihak tak mulakan perbualan sampai bila pun takkan wujud perbualan kat situ, meskipun tagline Facebook Facebook helps you connect and share with the people in your life.

Lepastu aku flashback-flashback balik, teringatlah conversation dengan dia masa zaman muda rumaja dulu. 

"Abang tak ada awek ke?" masa tu aku yang polos (tak berapa polos sebab pandai jugak menggatal in an innocent way masa tu) bertanya masa lepak-lepak dengan dia.
"Tak ada. Siapalah yang suka kat abang ni. Bukannya hensem pun. Tak pandai mengayat."
"Eh mana ada, abang hensem apa. Saya suka apa kat abang."
"Kalau macam tu awak jelah jadi awek abang."

And we laughed. How sweet, masa dulu. Ada orang bagi perhatian macamtu. Macam ada tempat bermanja, cewah. Oh ya, masa Form 2 aku sekolah sesi petang tau. Masa tu aku pengawas. Aku jaga pintu pagar. Antara part paling aku suka sebab masa tu senioritta sesi pagi akan pulang dan di kesempatan inilah aku gunakan untuk mencuci mata. Then selalu nampak Abang Amer yang kachak.

"Hai awak!"
"Hai abang!"
"Tak panas ke awak jaga pagar hari-hari macam ni?"
"Tak lah, oke je. Sebab dapat ushar-ushar orang. Hehehe."
"Oh, siapa yang awak ushar?"
"Abanglah. Siapa lagi? Hehehe."
"Abang pun lalu sini mesti ushar awak."

Okay aku tau korang semua mesti nak muntah baca kan. Tapi sumpah rindu zaman muda-rumaja weh! Tak sangka, aku dari dulu kuat trolling rupanya! :D

Okey, one of my classmates masa Form 4 tau cerita pasal aku dengan dia ni since aku suruh cousin dia kirim salam dan mintakkan nombor phone dia masa tu. Then it happens dia kenal yang mana satu Abang Amer ni. Nak tau apa komen dia?


"Nak yang muka matured je.. tapi hensemlah dia, macho."


Hahaha. Rindu saat itu. Nothing serious but untuk pengetahuan kalian, now I'm back at writings :) Been writing scripts for my drama class and writing script for choral speaking and plays for my college. One of my classmate dulu ambil Diploma in Script Art, under the faculty of Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA). I've been thinking on doing that for Master. Itu pun sebab several people dah cakap "Hey, you should go for TEKA lah!" sebab diorang tengok kalau ada event je, aku suka involve in writing-wise. So I began to give a thought about it. Mungkin satu hari nanti InsyaAllah. Degree pun tak sampai separuh jalan dah cerita Master. Such a daydreamer ! Hehe. And it happens now banyak kena tulis pasal lovey-dovey stuffs. To make the story sweet, I discovered tulis pasal moment we fall in love and yearning for someone's heart tu lagi wonderful daripada story bila dah in a relationship. Sebab bila dah in a relationship we tend to take things for granted. Hrmm.


So sekarang tengah mencari inspiration lah. Itu memori zaman lampau semua diselongkarnya kalau ada. Huhu. Oh ya, dengar cerita Abang Amer jadi technician kat SIRIM sekarang. Kebetulan mungkin dalam minggu selepas cuti ni kitorang ada kena pergi SIRIM, interview PR officer dia. Ada chance tak untuk jumpa atau terserempak dengan Abang Amer?
He he he.

Friday, April 27, 2012

GIRLS, as we know them

Hello tortoise.

Aku ada cerita.

Aku rasa I AM A GOOD LISTENER but I'm bad at hiding facial expressions. Kalau aku disagree tu memang aku akan ter-tunjuk mimik muka disagree. So adalah sorang kawan aku ni kecik hati dengan aku. Perbualannya lebih kurang macam ni :

Dia : You tengok kawan kita si Nurul tu, kesian dia... Lepas Azim left her, dia tak jumpa pengganti lagi.


Aku : Habis, I tengok dia kehulu-hilir dengan si Khairul? Bukan current boyfriend dia ke?

Dia : Yelah, tapi dia cerita kat I dia tak dapat lupakan Azim lagi. Dan dia tau Khairul tu takkan dapat ganti tempat Azim.


Aku : Kenapa pulak?

Dia : Sebab masa dia pegang tangan dengan Khairul dia tak rasa 'sparks' macam masa dia pegang tangan dengan Azim.


Aku : Hei, itu mengarut!


Tapi aku cakap ayat kat atas tu dalam hati jelah. Cuma mimik muka aku masa tu obviously menunjukkan aku tak setuju dengan kata-kata yang baru aku dengar.

Dia : You rasa benda ni kelakar ke?

Aku : I didn't say anything.

Dia : Hrmmm... Well then, apa pendapat you pasal hal Nurul ni?

Aku : Sebaiknya kita jangan masuk campur. Hal dia kan. Masalah I pun I tak boleh setel, macam manalah I nak bagi pendapat pasal masalah orang lain.

Dia : And what do you think about Paie? 

Paie is a guy that she met on Facebook, went for a blind date and so they keep on texting, calling each other and stuffs. Dia kata Paie tu comel, but according to our friend yang dah pernah tengok Paie tu, dia cakap muka lelaki tu macam muka perogol je -____________- Itu tak kisahlah. Pointnya bahaya kot pergi jumpa lelaki sorang-sorang macamtu! Dan paling bahaya, senang sangat percaya and fall for that guy. Tapi aku taknak campur.


Aku : Hrmm Paie? Okeylah.

Dia : Oh come on, tell me honestly pendapat you pasal Paie. I nak dengar.

Fine, if you insisted...

Aku : Entahlah. I pun tak kenal Paie tu kan. But I tell you, I don't have a very good feeling when talking about him...


mark.my.words. 

Sejujurnya aku dah bosan dia asyik cerita pasal Paie tu.

Few days later, another friend of ours, Nina came to me and told me about 'Dia'


Nina : Haritu Dia datang bilik Nina, Dia bagitau yang awak cakap awak tak suka Paie, and she's hurt... Dia kata tak baik awak cakap macamtu sebab Paie tu baik orangnya...

*Erk! Rewind kejap. Aku cakap aku tak suka ke?

Kan best dapat record apa aku cakap. Boleh jadi bahan bukti. Haishh pening-pening. Dia jugak yang kononnya mintak honest opinion. Tu belum aku bagi honest opinion pasal aku pun setuju dengan kawan kitorang yang cakap muka Paie tu macam muka perogol. Aku baru cakap yang aku don't have a good feeling when talking about that guy pun dia dah exaggerate jadi aku tak suka si Paie tu.

Haish pening pening. Kawan kawan. Sebab tu aku malas nak masuk campur dari awal, even sekadar berbual kosong. Kalau mengikut diriku yang polos dulu, aku akan pergi minta maaf kat dia. Tak pun cuba clarify things. Tapi sekarang aku berpegang pada satu prinsip. Minta maaf kalau salah atau rasa bersalah. Ini clearly dia yang cari masalah. Lantaklah. Aku ignore je benda ni.

One week later, dia call aku tanya kenapa seminggu ni lost contact. Tak sms dia langsung. Aku just jawab aku busy. Eh, bukan aku cakap aku tak suka kat date engkau ke? Kenapa cari aku lagi?

Itulah antara benda-benda pelik yang berlaku dalam hidup aku. Sejauh mana aku try not to give a damn, mesti terkena gak.

Yawn.

Romeo

"Patah seribu hatiku, bila mengenangkan segala yang kita bina bersama~"

I was happily sing along to Shila Amzah's song in a fine evening one day, in the class.

"Saya nak awak kawan dengan saya sebab saya tahu awak akan jatuh cinta dengan saya."

Aku menoleh. Senyum. Si Riz rupanya. Perkenalkan. Riz the sweet-talker of my faculty. Seorang yang metrosexual. Kadang-kala kami panggil dia 'model masscomm', hahaha.

Jangan salah faham. Aku tak ada dan tak pernah ada sebarang perasaan terhadap Riz. Itu fakta.

Masa tu aku IM dengan Riz. Bila aku cakap aku nak off, nak tidur, Riz balas "Okay, sleep well. Let the most beautiful dream come to u tonight, Let the sweetest person come in ur dream tonight…. But dont make it a habit...bcoz I m not free every night. Goodnight."

Masa dia sebut tagline video klip Patah Seribu tu aku cakap dekat dia "Riz, kalau dengan I takpelah you cakap macamni. Sebab I memang tau you ni sweet-talker. Tapi hati-hati tau, tak semua perempuan macam I. Akan ada yang salah faham kalau you sweet talker sangat dengan diorang."

Dia gelak je. "Jangan risau. I hanya cakap pada you sorang." And he winked his left eye. Tengok tu. Serius sweet-talker kan? 

Macam mana aku boleh tak pernah sekalipun sangkut kat dia, even crush sekalipun sebagaimana ramai perempuan kat fakulti aku yang dah gilakan dia. Because I know his secret.

Ya, memang blog ini sebenarnya khas untuk cerita pasal love life aku konon-kononnya, tapi since hidup aku sekarang tidak berfokuskan soal hati dan perasaan, jadi kat sini jugak aku akan arkibkan kisah-kisah yang aku tak boleh cerita di blog satu lagi yang lebih public.

So now here it goes.

Rahsia dia? Yes, aku rasa korang dapat agak bila aku cakap dia tu metrosexual. Yeap, he's gay. Sayang kan? Tapi dah semester 2 kat fac ni aku dah tak rasa pelik. Surrounded by gays, even classmates aku yang lelaki pun majoriti adalah straight BER-PERCENTAGE. You know what I mean.

Riz sangat baik. Dia gentleman. Takkan biarkan perempuan jalan sorang-sorang. Oh, in friendship pun he's the man. Masa tu buat assignment photo 'night shot' dekat Putrajaya. Sebab kereta penuh, tak ramai boleh ikut, termasuk geng-geng si Riz. Then masa shoot-shoot gambar kat Putrajaya tu, Riz tunjuk kat aku gambar yang dia dah ambil.

"Wahhhh! Riz, gambar ni cantik!" Aku memuji ikhlas hasil sentuhan fotografinya. Memang gambar itu cantik. Manual mode kot. "Thanks. I rasa I dah dapat gambar untuk assignment 'night shot' kita ni." 

"Great then. Kalau macam tu, jomlah kita balik" sahut seorang kawan yang lain.

"Kejap, nak tangkap gambar untuk Ali, Fiq dan Erul pulak." See? Gengnya tak dapat ikut ke Putrajaya, tapi Riz akan ambilkan gambar untuk assignment mereka. How sweet!

Sem satu. Aku crush dekat sorang classmate aku, gelaran dia Iqram. It was not a major crush however, tapi entah macam mana, Riz boleh perasan.

"You nak tukar tempat dengan I? I nak duduk bawah kipaslah..." Dia berkata kepadaku semasa kelas psychology. Ceh, sengaja nak bagi aku peluang. Kedudukan asal; Iqram, Riz dan aku. Sengaja Riz nak bagi aku duduk sebelah Iqram.

Crush tu tak lama sebab aku dapat tahu Iqram pun straight ber-percentage. Susahnya nak cari lelaki sejati dalam kelas aku!

The point is, few weeks ago. Peringatan aku pada Riz tentang jangan sweet-talker sangat pada perempuan takut ada perempuan take it seriously benar-benar terjadi. Terjadi kat salah sorang kawan rapat aku pulak tu. Dia kelas lain, so dia tak berapa kenal Riz. Riz yang sweet-talker pada semua orang dan paling penting, dia tak straight 100%. Aku tak beritahu kawanku itu sebab itu hal Riz kan, aku malas nak masuk campur.

Nama kawan aku tu Didi. Cantik orangnya. Masa tu ada ceramah K.I. Didi satu group dengan Riz. Masa nak masuk dewan kuliah, Didi ada kat belakang Riz so Riz pun bukakanlah pintu dan persilakan Didi masuk dulu. Then Riz puji baju Didi lawa dan Didi nampak cantik hari ni. Then masa nak balik Riz lambai Didi. Nak tahu apa jadi lepastu?

Didi dengan excitednya cerita kat aku. Dia siap cakap "I have a feeling that Riz is hitting on me." Duhhh. Kalaulah aku boleh beritahu Riz buat begitu dengan hampir SEMUA perempuan.

Malas nak layan benda-benda ni. Yang Didi tu sibuk hari-hari suruh kirimsalam, spy on Riz. Nak je aku cakap, jangan perasan boelh tak? Tapi kang gaduh pulak. Aku malaslah nak ber-slow talk bagai. Kalau orang dah angau, cakaplah apa pun bukan dia nak percaya. Lagi orang cantik. Mestilah dia ingat semua lelaki yang buat baik kat dia tu, nak ushar dia.

So aku tahan telinga jelah.

Akhirnya nak tau apa jadi? Didi discovered sendiri yang Riz itu gay. Di Facebook. Okey, setel masalah. End of story.