"Saya tak mohon satu U pun yang sama dengan dia. Saya mohon sama dengan awak!"
Okey, katakan dia yang dimaksudkan itu adalah Ira (bukan nama sebenar)
"So kalau kita dapat satu U, kenapa???"
"Kalau kita dapat satu U, I'll give us another chance!"
Huh. Serious?
***************************************************
Seriously aku dah penat gila deal with taken guys. Mula-mula Y, lepas tu Z. Ya, Y dan Z yang aku ceritakan dalam entri lepas. Kali ni someone yang namanya mula dengan Y jugak, cuma tak nak kelirukan korang aku bagi dia gelaran A (huruf pertama nama ayah dia). Macam mana cerita aku dengan A? Biar aku ceritakan secara ringkas. A budak kelas sebelah yang aku minat. Yeah, dia juga seorang yang pendiam. Aku yang approached dia jugak. Kalau Y dan Z cerita masa lower six, A ni masa upper six. Masa lower six aku ada crush kat A jugak, setiap kali nampak dia. Sebab tak tau kenapa aku rasa lelaki pendiam sangat cool. Cuma masa lower six aku sibuk dengan kisah antara Y dan Z tu kan, jadi cerita dengan A setakat minat-minat gitu bila terpandang dia je. Lagipun dia kelas lain, jarang dapat jumpa kan.
Masa upper six, ada kelas combined sebab we shared the same teacher untuk satu subjek ni. Budak kelas aku dengan dia tak berapa nak ramai so bila combine kelas pun masih mampu dikawallah student-studentnya. Plus budak kelas dia ramai skema haha. Budak kelas aku yang ramai terejal. Waktu aku dapat kesempatan dekat dengan dia sebab meja yang dia pilih sebelah meja aku. Kitorang pakai single desks kan, adalah gap tapi tak jauh sangat hehe. Dan dia selalu bercakap dengan aku time nak mintak jawapan masa buat latihan je -_________________________________- Tak kisahlah. Dia ni spesis macam Y yang aku minat masa lower six, cuma Y tu orangnya soft-spoken. Humble lah senang cerita. Tapi A ni dia jenis cold. Yes, dingin macam ais. So cabaran nak dekati dia memang dua kali ganda dan tak semudah nak get close dengan Y dulu *sigh*
Dipendekkan cerita, aku selalu kena jadi MC untuk event-event kat sekolah tu. Dan A pulak jaga ketua yang in charge PA System (klise kan). Selalunya lepas habis event budak pre-U (kitoranglah) kena stay kemas dewan and all that tau. Kira tak boleh balik teruslah. Padahal bayangkan kalau event habis petang. Kitorang pernah sampai dah nak maghrib baru habis kemas, lagi-lagi kalau event-event penting.. Preparation dia, jangan cakaplah. Mungkin disebabkan ranking pre-university high school nombor satu kat daerah tu dipegang oleh sekolah aku, semua event nak buat gah-gah. Lepas tu yang kena uruskan semua student body Form six, heh. Menunjukkan, for every big events we really worked hard lah.
Selalu lepas habis event, budak-budak ni semua nak balik cepatlah kan. Siapa yang taknak, dah penat kot. Lagi kalau dah lewat petang. Tapi aku? Haha. Time tulah buat-buat rajin, gulung karpetlah, cabut tirai dan skirting lah. Padahal saja lambat-lambat buat kerja sebab nak tunggu A kemas PA System hehe. Oh aku tau mesti korang fikir aku ni pathetic gila kan buat macam tu. Bukan apa weh, tu A kot! The cold but cool guy, hehehe. Oh adakah aku lupa mention yang dia agak hensem? Kat mata aku lah.
Time tengah sibuk-sibuk kemas tu, ramai dah blah awal-awal dah. Tinggal dalam lima enam orang je yang nak habiskan kerja tu. Then masa tu aku tengok kiri kanan, budak-budak lain semua tengah sapu lantai dewan, cabut decoration kat dinding bawah stage and all. Kat atas stage cuma ada aku dan dia wahahaha! Dia tengah gulung-gulung wire then aku pulak buat-buat susun kerusi kat tepi stage tu. Dalam hati aku, yes! Peluang! Hehehe. Dalam kepala aku dok fikir modal nak tegur dia. Actually I did told two of my friends yang aku suka kat A. And they seemed disagree sebab bagi diorang A nampak fierce dan irritating. One of them said dia pernah nampak A yang jarang bersuara tu marah budak junior sebab apa entah, and they said itu sangat menakutkan. Well, ada aku kisah? Janji aku suka A hahaha!
Dalam masa aku fikir ayat nak tegur A tu, tiba-tiba dia dah bersuara dulu,
"Apasal kau tak balik lagi? Kau kan dah jadi MC, tak payahlah nak stay untuk kemas-kemas lagi. Biar budak-budak tu yang buat."
See? A ni agak direct tau. Cara dia cakap memang tak friendly langsung.
"Tapi aku rasa macam tak sedap hatilah nak blah macam tu je. Kerja aku senang kot, bercakap je. Apa salahnya aku stay tolong korang kemas. Banyak kerja lagi kan."
"Tapi yang berkali-kali kau kena datang rehearsal sebelum event tu, dah kira penat lah kan. Time tu diorang ni semua mana ada. Kira fair lah sekarang diorang pulak yang kena kemas."
Aku rasa agak tercabar bila dia persoal kenapa aku nak tolong kemas. Macam tau-tau je niat aku, hukhuk.
"Tapi time rehearsal semua tu pun kau ada jugak! And kau still kena stay sampai habis! Hah!" Laju je aku jawab. Then dia pandang aku dan cakap, "Habis kalau aku tak ada siapa nak jaga PA? And siapa nak kemas PA ni kalau aku blah awal-awal."
"Ha'ah, betul jugak kan." Hahaha. Lepastu aku gelak. Ya, aku sorang yang gelak but then, I saw him smiled. Kiyaaaaaaaa *melting*
Dipendekkan cerita lagi, sejak tu ada je peluang aku akan cuba wujudkan conversation dengan dia. It was hard, seriously. Sangat tak mudah rapat dengan dia sebab ayat-ayat yang keluar dari mulut dia boleh tahan sinis. Masa tu aku terlibat dengan satu lagi play kat sekolah. But this time play tu kat luar sekolah, bukan budak form six punya. Kitorang organiser je, tak ada yang berlakon pun. As usual, aku tulis skrip dan tolong direct. Sebab skrip tu aku yang buat, walaupun aku bukan pengarah projek tapi setiap kali ada latihan aku kena turun padang sekali sebab nak tearangkan kat diorang how the scenes sepatutnya dilakonkan gitulah. Dah aku yang buat cerita tu kan.
Dan A mestilah ada sekali. Kalau tak siapa nak jaga PA system kan haha. Dahlah play kali ni bukan pentomim. So memang banyak pakai mics. Hah kalau mic-mic tu problem atau hilang, A lah orang yang akan dipersoalkan. Yeahh betul apa kawan aku cakap. Diam-diam si A ni ada temper dia tau. Masa tu ada satu mic missing. A marah budak-budak dia, uishh suara dia tak payah cakap. Aku pun takut dengar. Lepas dia leapskan temper dia tu, dia pergi mana entah duduk sorang-sorang. Then datang balik buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Budak-budak dia pun diam jelah kan. Semua dah kecut perut kena tempias temper dia tadi. Paling gerun, masa tu budak-budak dia datang kat dia cakap "Abang A, kitorang mintak maaf. Memang salah kitorang sebab careless." Aku bajet pastu A mesti bebel kat diorang cakap ayat-ayat macam, lepas ni aku yang kena jawab dengan organiser, blablabla. Tapi dia jeling diorang pastu blah, macam tu je. Gerun dan quite mysterious. Oh well, tak adalah mysterious sangat. Tapi bila melihat situasi ni, tak tau kenapa aku makin nak dekati A.
Masa berpeluang sembang-sembang dengan A, A banyak kali gila cakap aku playgirl, dari pandangan mata dia. Okey aku tau orang luar mesti nampak macam tu. Diorang tak tau cerita kan. Lagi-lagi budak kelas lain. To be honest, aku pernah nangis kot dengar ayat A cakap kat aku. Dia cakap "Apa best jadi playgirl eh? Aku benci gila kat playgirl. Suka main-mainkan feeling orang. Tak declare tapi buat macam ada relationship."
Kejam kan ayat dia? Tak tau kenapa aku still boleh sabar. Well, I was kinda stupid too. Tapi I did denied semua anggapan dia tu. Tak taulah dia percaya ke tak.
Yes, sekarang dah sampai klimaks. After few months aku get close dengan dia, dah adalah sedikit perkembangan walaupun tak semudah dan secepat masa aku dengan Y dulu. I mean, dan beberapa bulan aku berjaya sembang-sembang dengan A, aku still tak tau banyak pasal dia. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, aku still tak dapat dig banyak information tentang dia. Cis!
Since dia tak layan perempuan, I thought dia single. Sebab cara dia cakap dengan perempuan pun agak dingin dan according to beberapa orang classmates dia, dalam kelas pun dia memang tak banyak cakap. lagi-lagi dengan perempuan. They called him lelaki emo yang anti sosial.
Sebab tu agaknya aku tak putus asa. Salah aku lah, aku terlalu rasa dia cool sebab dia kinda mysterious dan good-looking masa tu. Aku suka perhati cara dia jalan dan buat kerja. Yeah! Padan muka aku. Sendiri cari pasal nak masukkan lelaki ni kat dalam hati sendiri.
Lagipun aku bengang, selama ni tak ada lelaki yang sangat secretive dan sukar didekati macam dia. Anti social much! Selamatlah kau hensem dan bergaya, grrrrr!!!
Oh ya, lupa pulak nak cerita part klimaks tadi haha. Okey, hari sukan tahun lepas. Sehari sebelum hari sukan kan ada kena decorate khemah rumah sukan masing-masing kan? Time tu dah lepas Asar, dalam pukul enam macam tu. Sebab lepas Asar baru mula decorate, jadi kitorang balik lambat. Kat padang ada budak-budak berlatih cheerleading. Aku masa tu tengah tengok diorang tu berlatih. Then tiba-tiba dia datang berdiri sebelah aku.
"Kau tak masuk pulak benda alah ni?" dia tanya aku, merujuk kepada aktiviti cheerleading tu.
"Hrmm taklah." Aku jawab tu je sebab jantung dupdapdupdap kot! Dah jantung hati tuba-tiba berdiri kat sebelah hahaha.
"Bukan kau minat jugak ke benda-benda macam ni? Tahun lepas kau masuk kan." Nada dia sarcastic.
Gila ke, dah tau aku ni kelas Syariah. Memang kena bang dengan ustaz lah kalau masuk. Cukuplah sekali pengalaman tahun lepas kena bang tu, hahaha.
"Erm, aku dah tak minatlah." Selamba aku jawab.
Then dia macam senyum perli. "Aku tak suka perempuan yang masuk benda-benda macam ni. Bagi aku gedik dan suka cari perhatian."
"Weh! Tapi aku tak eh! Aku main futsal okey, FYI!" Terus sentap aku.
"Haha. Rilekslah. Aku tak cakap kau. Aku tau kau main futsal." Dia senyum sikit. Haha tak jadi aku nak marah.
"Tapi tahun ni kau dah tak futsal lagi?"
"Oh, itu. Sebab aku ada asthma teruk, doktor cakap tak boleh main lagi. " I explained.
"Ohhhh..." Tu je jawapan dia, dia macam pandang aku dengan pandangan tak percaya. Baru dia tau agaknya kan.
"Mesti sedih kan? Aku yang main bola ni pun masa doktor cakap ligament aku koyak tak boleh main untuk beberapa bulan pun dah frust gila, lagikan pulak kau."
"Haha. Yeah, memang sedih. Tapi aku dah boleh terima dah."
Nada suara dia macam dah lembut sikit. Mungkin dia simpati dengan aku. Tiba-tiba.... Yes! The most awaited part...
"Erm. Sebenarnya, kau ada pakwe?"
Terkejut aku dengar dia tanya macam tu. Tapi aku cuba keep cool.
"Tak adalah. Aku single."
"Hrmm. Gossip je banyak kan," dia perli aku lagi.
Aku jeling dia, agak bengang masa tu. Tapi dia cepat-cepat cakap.
"Kenapa kau single lagi hah? Takkan kau takde terpikat dengan sorang pun skandal-skandal kau tu?"
"Kau cakap macamlah aku banyak skandal. Hrmm banyaklah sebabnya. Nak cerita sampai esok tak habis."
"Oh. Habis kau bercadang nak terus single dan skandal jelah?"
A sangat sarcastic. Aku rasa aku pun kena sarcastic dengan mamat ni.
"Taklah. Aku tengah suka someone setakat ni. Kalau dia suka aku jugak, yeah why not?" Hahaha! Terdiam terus dia dengar aku jawab macam tu.
Lepas tu dia tanya,
"Orang yang kau suka tu, aku kan?"
OMGGGGG!!! Bayangkan lelaki tanya depan-depan macam tu!! I can't help myself from being blushing. Tapi aku cuba nak deny jugak. Dan berlagak cool. Eleh, dia saja nak trap aku ni.
"Yang kau confident sangat kenapa?" Aku buat-buat selamba dan soal dia balik. Then dia ketawa.
"Come on lah. Dah berbulan aku observe sebenarnya. Aku diam tak bermakna aku tak alert pasal ni. Kalau ada event kau selalu balik lambat tunggu sampai aku habis kemas. Kadang-kadang aku saja buat-buat lambat nak tengok reaksi kau. Tak sangka, dah beberapa events reaksi kau sama. Kau tunggu aku kan."
*Speechless, terkejut, takut*
"Bukan tu je. Masa practice break, kau ambilkan air untuk aku tapi kau tak ambilkan untuk orang lain. Dah dua tiga kali aku perhati kau buat macam tu. Lepas tu kau tau aku ni emo dan laser, tapi kau selalu nak cakap dengan aku kan?"
I'm dead, totally dead. Mampuslah aku. Dulu, ada orang pernah nasihat aku kalau suka kat orang jangan tunjuk sangat. Nampaknya tindakan aku memang obvious. Sampai tuan punya badan boleh kemukakan bukti-bukti kukuh. Arghhh aku tak dapat cover lagi. Takkan nak confess? Dua kali malu kot!
Selamat time tu dia yang bersuara lagi,
"Hahaha. Serius aku rasa bangga pulak. N yang femes suka kat aku. Unbelievable."
*Erk!
"Kau tak payah seganlah. Aku rasa kau ni comel semacam pulak. benda-benda yang kau buat tu pun comel."
Time ni terus aku angkat muka. Serious???
"Actually talkative girls bukan type aku. Tapi entah kenapa setiap kali aku terlibat dengan event yang kau tak involve, aku macam, macam rindu pulak dengan orang yang asyik stalk aku tu."
Hahaha. Time ni aku tak boleh tahan dah. Aku gelak, dia pun sama.
"Okey, aku dan kantoi. Aku pun sebenarnya tak faham kenapa aku boleh, ermm suka kat kau."
"Kau nak jadi awek aku ke?" Tiba-tiba dia tanya. Kejap kejap. IS THIS REAL???
Aku lebih berhati-hati kali ni. Lelaki kan suka test market. Aku takkan terperangkap lagi.
"Dahlah, tak payah nak bergurau." Tu je aku jawab.
"Aku tak bergurau. Kenapa kau nervous ke?"
Oh. Memang aku NERVOUS GILA KOT!
"Since kau dah usaha sungguh-sungguh, apa kata kita bercinta senyap-senyap."
"Senyap-senyap???" Terkejut aku dengar. Apa dia cakap ni?
"Yelah, senyap-senyap. Kau ni, tulah tere sangat BI. Aku cakap BM tak faham ke. Meh aku terangkan dalam BI. Dating secretly, faham?"
Straight-forward gila lelaki ni. First time aku berhadapan dengan lelaki macam ni. Jadi aku agak speechless. Memang speechless pun.
"Tapi kenapa senyap-senyap pulak?" Aku tanya dia.
Dia diam kejap. "Kalau aku bagitau kau aku dah ada awek, kau percaya tak?"
"Kau dah ada awek???" Serius, terkejut gila aku.
"Tapi kau yang cari pasal. Kau yang buat aku dah suka kau jugak kan. Dah, daripada usaha kau tu jadi sia-sia, kita kapel senyap-senyap je."
"Wahhh... Senangnya kau cakap! Kau ingat aku suka SANGAT kat kau ke sampai tahap nak macam tu?"
"Nampak macam ye. Aku tak dapat pastikan lagi. Tapi aku akan buat kau suka kat aku sangat-sangat, hahaha. Dahlah, dah petang. Mulai sekarang, kau jadi awek aku. Oklah aku nak balik." He winked his left eye. Eleh, nak bagi aku cair lah tu. Dah memang cair pun.
Aku macam terkesima lagi. Dia bergurau ke? Lelaki kan suka test market? Takkan dia cakap macam tu je, tup tup aku dah jadi awek dia? Tak romantik langsung, heh! Dia dah ada awek? Entah-entah part tu pun dia main-main. Saja nak test aku.
Semalaman aku memang tak boleh tidur fikir pasal insiden petang tadi. Tak tau nak hepi ke tak. Macam hepi, tapi takut dia saja nak main-mainkan aku. Oh lelaki! Apasallah kau guna cara yang mysterious sangat? Kan ada cara yang lebih senang?
Esoknya, hari sukan. Habis tengah hari dah nak Zohor macam tu. Aku dengan kawan-kawan pun masa tu tengah lepak-lepak bawah khemah. Kejap lagi dah nak balik. Tibe-tiba kawan aku, M cakap
"Weh, A nak jumpa kau. Dia suruh kau datang depan kantin sekarang. Dia ada kat sana."
"Hah?? Biar betul??"
"Betullah. Aku pun pelik gak, aku buang sampah kat kantin tadi tiba-tiba dia jumpa aku, dengan tak bagi salam apa semua, kerek gila bagi arahan suruh aku cakap kat kau dia nak jumpa kau kat situ. Apa kau buat dengan mamat tu weh? Ish! Muka je hensem, tapi kerek gila! Menyampah aku!" Terus M membebel-bebel kat aku pasal A.
"Erm, takpelah. Nanti aku explain kat kau eh. Mungkin ada hal kot. Aku pergi dulu tau."
Dalam hati aku, okey, agak excited sebab satu hari ni tak berpeluang cakap dengan dia. Tapi apahal dia nak jumpa aku, aku yang kena pergi kat dia pulak? Wah, lelaki ni memang @#%^&* lah! Sabar jelah kan.
Kat kantin, aku tengok dia tengah duduk macam orang bosan. Then aku datang depan dia. Belum sempat nak cakap, dia dah bersuara dulu,
"Padang tu jauh sangat ke dengan kantin ni? Ke sibuk bergosip dulu?"
Haha. Dia nak argue dengan aku? Salah oranglah.
"Kau yang nak jumpa aku kan. Bukan aku yang nak jumpa kau."
Dia nampak terkejut aku balas macam tu.
"Wah... Look who's talking. Aku baru teringat aku tak ada nombor kau, macam mana nak call?"
"Haha. So sekarang kau nak nombor akulah?" Automatically aku keluarkan phone dalam poket sambil pegang kat tangan. Motif? Haha aku pun tak tau. Spontaneous kot.
Tiba-tiba dia rampas phone kat tangan aku.
"Oi oi! Handphone aku!"
"Aku savekan nombor aku. Nanti aku misscall kan." Then selamba dia key in nombor dia dan dial. Dan dan tu aku baru teringat, habislah aku! Aku pernah save nombor dia dalam phone! Aku curi-curi ambil dalam kertas attendance masa organized play hari tu!
And guess what. Aku kantoi buat kali kedua. Dah terlambat, dia dah dial nombor dia tu.
"My Mr. Kewl?" dia baca nama yang appear kat skrin phone aku. Perghh malu gila aku. Tulah, curi-curi ambil nombor orang lagi.
Lepas tu dia bantai gelak gila-gila.
"Hahahaha! Kau lagi laju bertindak rupanya! Wah, jenayah curi nombor orang ni!"
Erghhh.
"Takpe. Aku maafkan. Dah, jom balik."
"Hah???" Dia ni bagi aku terpinga-pinga jelah!
"Yelah, kau tak nak balik ke? Aku ajak kau datang sini sebab nak ajak balik sama. Takkan tak nak kot balik with YOUR Mr. Kewl, hehehe." Saja je kan dia stress kan perkataan tu. Dia dah jumpa kelemahan aku, fine aku dah kalah.
********************************************
Bila balik rumah, I thought this is just my luck. Oh wait. Aku betul-betul berusaha kan nak rapat dengan dia? Walaupun aku tak expect akan dapat sampai ke tahap ni. So, it is, just my luck hehe, Masa tu aku cuba ketepikan fact yang dia dah ada awek tu. Aku cuba positif yang dia cuma nak test aku. Kalau ada pun, so what? Baru awek kan? A guy with a girlfriend is nothing to me.
Padan muka aku, berlagak sangat. Disebabkan philosophy tu, aku dah dilanda satu masalah besar. Postpone cerita yang tu dulu. Dalam Part 2, aku akan ceritakan macam mana relationship aku dengan A develop. Stay tuned!